Oleh pada 06 Feb 2018 kategori

Kredit foto: akukaudansesuatu.blogspot.my

Juara program realiti Duo Star, Ernie Zakri, 26, menafikan gosip kononnya dia menjalin cinta dengan teman duet, Syamel, selepas lelaki itu memanggilnya 'sayang'.

Ernie yang juga Juara Bintang RTM 2009, berkata, hanya orang terdekat sedia maklum dengan keakraban dan kemesraaan mereka yang tidak lebih daripada sekadar kawan.

"Bukan saya saja Syamel suka usik... Kakak dengan pembantu peribadi saya pun dia panggil 'sayang'. Mungkin kebetulan, ketika dia menyakat saya, ada orang terdengar.

"Mereka yang kenal kami tahu perangai 'gila-gila' Syamel kalau rapat dengan seseorang. Kadang kala, saya ikutkan saja sikapnya itu sebab letih disakat," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, hubungan Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri dan Syamel dikatakan sudah ke tahap berkasih apabila sesama sendiri saling mengungkap panggilan sayang.

Begitupun, tidak Ernie nafikan, dia dan Syamel 'sekepala' dalam banyak perkara.

"Boleh dikatakan kami 'sekepala' dan persahabatan bukan baru terjalin sebulan dua. Sekarang, kami makin kerap berjumpa kerana membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Ahad ini," katanya.

Berbicara mengenai persediaan melangkah ke pentas berprestij itu, Ernie memberitahu, dia dan Syamel memulakan persiapan sejak tiga bulan lalu dan fokus mereka tertumpu kepada aspek kawalan suara serta konsep persembahan.

"Kami sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental. Hanya menunggu hari itu saja. Namun, paling utama adalah memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik," katanya.

Ernie dan Syamel bakal beraksi di AJL 32 menerusi karya lagu, Aku Cinta.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)