"Saya takut saya tak dapat untuk mengambil bahagian dalam segala yang berlaku dalam hidup saya," kata Erik Weihenmayer ketika teringat ketika dia pertama kali menjadi buta. Namun, apa yang berlaku bukan seperti yang dijangkakannya.
Sejak Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay melakukan dokumentari pertama di puncak Gunung Everest pada tahun 1953, para pendaki bersaing untuk melakukan perkara "pertama" yang lain di puncak gunung ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan pada tahun 2001, pendaki gunung dari Amerika Syarikat, Erik Weihenmayer telah mencatatkan satu rekod baru yang paling menakjubkan untuk rekod pertama berkaitan Gunung Everest apabila dia sampai ke puncak dalam keadaan buta.
Menjadi buta di usia 14 tahun
Erik Weinhenmayer, dilahirkan di New Jersey pada tahun 1968 hanya berusia 4 tahun ketika dia didiagnos dengan retinoschisis, satu penyakit yang sangat jarang berlaku yang mengakibatkan kemerosotan penglihatan yang progresif.
Dan ketika dia berusia 14 tahun, seluruh penglihatannya hilang menyebabkan dia mengalami buta.
Berhadapan dengan situasi yang sangat rumit seperti ini di usia muda amat sukar untuk dibayangkan namun di atas desakan dan semangat ibu bapanya, Erik menjadi lebih aktif secara fizikal selepas menjadi buta.
Malah, dia menyertai sukan gusti dan rock climbing.
"Sebaik sahaja saya menjadi buta, saya menerima satu surat dalam bentuk Braille mengenai satu kumpulan yang membawa remaja buta untuk mendaki gunung. Saya berkata kepada diri sendiri, tidakkah ia sesuatu yang gila untuk menyuruh remaja buta melakukan perkara ini? Jadi, saya pun sertainya," jelas Erik.
Selepat menamatkan pelajaran di peringkat kolej, Erik menjadi seorang guru dan juga menyertai Kelab Mendaki Arizona, menghabiskan masa lapangnya dengan mendaki gunung.
Kemudian, ia menjadi lebih daripada hobi dan pada tahun 1995 Erik tiba di puncak Gunung Denali, puncak tertinggi di Amerika Utara.
Persiapan menghadapi Everest
Gunung Everest telah lama menjadi tarikan bagi mereka yang gemarkan cabaran, walaupun ia juga menjadi kubur bagi kebanyakan mereka.
Selain itu, tahap oksigen dan suhu yang tersangat dingin bermakna kebanyakan pendaki yang mati kekali sebagai mayat yang terawat di lereng-lereng, yang berfungsi sebagai peringatan mengerikan terhadap betapa bahayanya gunung ini.
Dan pada tahun 2001, Erik Weihenmayer telah bersiap sedia untuk mencuba pendakian berbahaya ini, walaupun mempunyai kecacatan yang mana tidak ada pada pendaki-pendaki yang lain.
Bukan halangan fizikal sahaja Erik dan pasukannya terpaksa hadapi untuk menawan puncak Everest, malah mereka mengalami kesukaran merekrut pemandu Sherpa yang bertanggungjawab membawa mereka ke atas, kerana risiko yang dirasakan bekerjasama dengan pendaki buta.
Namun sebaik sahaja Erik tiba di Kathmandu, Nepal, orang tempatan sangat terkejut dengan kemahiran dia bergerak ke sana sini, yang mana mereka beranggapan bahawa dia berbohong mengenai kecacatannya.
Selepas meyakinkan mereka bahawa dia sebenarnya buta dan mampu dari segi fizikal, pemandu Sherpa bersetuju untuk membawa mereka dalam ekspedisi itu.
Namun, bukan sahaja dia diragui oleh pemandu Sherpa, Erik juga mengalami perkara yang sama daripada pendaki-pendaki yang lain, yang meragui keupayaannya dan menyatakan kebimbangan yang serius terhadap percubannya itu.
Dalam satu temuramah, pendaki Amerika dan veteran Gunung Everest, Ed Viesturs berkata: "Saya menyokong (Erik Weihenmayer) untuk pergi. Tapi saya sendiri tak akan bawanya ke atas (Everest),".
Ed Viesturs juga berkata bahawa Erik tidak boleh melihat cuaca, atau runtuhan ais, atau tangga yang harus diseberangi, dan satu langkah tersilap boleh membunuhnya.
Walaubagaimanapun, Erik bukanlah "budak baru" dalam aktiviti ini, dia sudah mempunyai pengalaman mendaki gunung selama 16 tahun ketika itu dan tidak sama sekali akan menjadi penghalang kepada kumpulan pendakinya.
Malah, Erik sering menjadi orang yang menawarkan bantuan kepada mereka. Menjawab komen Ed Viesturs, Erik hanya berkata, "Dia tidak melihat mana-mana bahagian dalam hidup saya, kecuali hakikat bahawa saya seorang yang buta,".
Menawan puncak Everest dan Seven Summits
Pendakian ke puncah sudah tentulah sangat menyeramkan. Ahli kumpulan bergilir-gilir membimbing Erik melalui jurang dan celah-celah, dengan berteriak, "Slot setereusnya, dua langkah!" atau "Perjalanan yang tak ada halangan untuk 10 langkah seterusnya,".
Ketahanan dan kemahiran mendaki gunung Erik memastikannya untuk sampai ke puncak, yang berlaku pada 25 Mei 2001.
Dan ketika itu, Erik Weinhenmayer menjadi orang buta pertama dalam sejarah yang pernah menjejakkan kaki di puncak gunung tertinggi di dunia, berketinggian 8,848 meter.
Menjelang tahun 2008, Erik Weihenmayer telah berjaya mendaki Seven Summits, kesemua gunung yang tertinggi di ketujuh-tujuh benua iaitu:
- Gunung Everest - Asia (8,848 meter)
- Gunung Aconcagua, Amerika Selatan (6,961 meter)
- Gunung Denali - Amerika Utara (6,194)
- Gunung Kilimanjaro - Africa (5,895 meter)
- Gunung Elbrus - Europe (5,642 meter)
- Gunung Vinson Massif - Antarctica (4,892 meter)
- Gunung Kosciuszko - Australia (2,228 meter)
Dengan ini, Erik Weihenmayer mencatatkan namanya dalam senarai 150 orang sahaja yang pernah mencapai tahap ini, membuatkannya lebih menakjubkan dengan hakikat bahawa dia seorang yang buta.
Rujukan: