Usaha dan kerja keras pelakon Janna Nick ternyata berhasil selepas berjaya membeli rumahnya sendiri pada usia 21 tahun. 

Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak berada dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk.

Sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset. Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini.

Sumber: Berita Harian Online

Menerusi akaun Instagram miliknya, Janna telah memuatnaik foto rumah barunya itu kepada peminat berserta kapsyen meluahkan rasa syukur.

enggan boros janna nick berjaya beli rumah

Sementara itu, ruangan komen foto tersebut pula dibanjir dengan ucapan tahniah para netizen yang rata-rata kagum dengan pencapaian aktres itu.

Sumber: rotikaya.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)