Kredit: Instagram @_chefwan58
Chef selebriti Datuk Chef Wan menjelaskan punca beliau terpaksa menolak permintaan bekas menantunya, Shikin Maembong yang mahu bersemuka untuk menarik semula samannya berjumlah RM1 juta.
"Menurut Serina, perjumpaan itu bertujuan untuk memberi penjelasan akan hasratnya untuk tidak meneruskan saman malunya terhadap saya.
"Saya beritahu Serina, tidak mengapa, saya sudah memaafkannya dan berharap dia juga merasakan perkara sama. Kehidupan perlu diteruskan," tulisnya.
Mahu membuka buku baru, beliau mengakui serik setelah kepercayaannya dihilangkan dan mengharapkan simpati supaya rencana kehidupannya tidak lagi diganggu.
"Saya pilih jalan keluar. Beri sedikit ruang untuk saya menghabiskan baki kehidupan dengan tenang. Saya telah cukup berjasa dan berkorban untuk ramai orang dalam kehidupan.
"Namun, segala kebaikan itu sering dibalas dengan rasa malu yang tebal kerana terpaksa memikul perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Nasihat yang diberikan seperti mencurahkan air ke daun keladi.
"Di hujung cerita, kita pula menjadi mangsa kutukan orang luar yang jenis seperti mereka ini juga," kesalnya.
Mengulas lanjut kebarangkalian Shikin berubah fikiran atas keputusannya itu, Datuk Chef Wan mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing kerana merasakan beliau sudah melakukan yang terbaik untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut.
"Sama ada saman itu mahu diteruskan atau tidak, itu pilihan dia. Saya sentiasa berdiri teguh di atas prinsip yang saya pegang," beritahunya.
Komen Pilihan
"Menjaga dan mencintai diri sendiri tidak sesekali bermaksud seseorang itu mementingkan diri," tulis seorang netizen.
Sumber:
1. Forum CARI