Kredit foto: penangkini.com & terbakor.com
Chef Wan dalam kiriman Instagramnya sebelum ini memuat naik foto bersama pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri sekaligus mendedahkan kisah pertemuan mereka di Majlis Ulangtahun Majalah Wanita Ke-48.
Dalam kiriman tersebut, Chef Wan memaklumkan dia telahpun menghulur tangan memohon maaf kepada Aliff kerana bimbang pengasas kosmetik itu berkecil hati dengan teguran yang diberikannya - berkaitan isu Aliff sekeluarga makan di tepi jalan sewaktu bercuti di Switzerland. Jelas Chef Wan, mereka telahpun berbaik dan masing-masing mengakui tiada perselisihan faham antara mereka.
Terkini, giliran Aliff pula mendedahkan versi kisahnya tentang pertemuan tersebut. Aliff dalam kenyataannya di Instagram memberitahu bagaimana dia jadi kecut perut apabila mendapat tahu kerusinya di majlis itu betul-betul bersebelahan dengan Chef Wan.
Baca luahan penuh Aliff:
Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri
Alamak habislah aku. Bila saya ke acara Ulangtahun @wanitamagazine Ke-48 anjuran Utusan baru-baru ini untuk mengambil anugerah, saya amat terkejut bila kerusi saya bersebelahan dengan Dato Prof @chefwan58. Rasa macam saya nak dikenakan media saja. Terus berderau jantung sebab memikirkan alamak habislah aku nanti mesti dia marah dengan aku ni! Bila nampak saja Chef Wan datang saya terus ke depan supaya sebelum dia duduk saya ingat nak salam dia dulu tapi bila jumpa saja terus Chef Wan hulur tangan dan kami sama-sama bersalaman. Kami saling meminta maaf dan dia kata dia tegur saya seperti seorang ayah kepada anaknya.
Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri
Secara jujurnya saya ni tak ambil hatipun teguran Chef Wan sebab dia tegur apa yang dia rasa dan benda tu betul. Terus lega saya sebab dia tak marah sayapun. Saya rasa bersalah juga membuatkan Chef No.1 Malaysia komen tindakan saya. Betul kata Chef Wan, bukan semua orang faham apa yang kita cuba sampaikan dan berhati-hati sebelum memuat naik apa-apa. Saya juga minta maaf pada dia atas kekhilafan saya tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia. Apapun terima kasih Dato @chefwan58 sebab sudi tegur saya yang masih muda ni, tak banyak pengalaman hidup. Insya Allah saya perbaiki mana yang kurang. Panjang pula saya berleter malam-malam ni. Siapa baca sampai habis cuba komen comel heh.