Oleh pada 23 Jul 2017 kategori

Kredit foto: beritapremium.com

Sebelum ini Chef Wan ada memberi komen pujian terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selepas pelancaran video muzik single sulungnya iaitu I Am Me.

Menurut Chef Wan, dia berasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan Vida, malah beliau mengakui telah mempelajari banyak perkara tentang kehidupan melalui pengamatannya terhadap karakter Vida. 

chef wan beri pujian ini kenyataan balas datuk seri vida 2

Kredit foto: Youtube R.AGE 

Susulan itu, Vida menerusi laman Instagramnya memberikan kenyataan balas berhubung komen yang dibuat Chef Wan.

Dalam kepsyen tersebut, Vida mendedahkan bagaimana selama ini dia cuba bertahan menghadapi kritikan-kritikan orang luar termasuk Chef Wan yang tidak memahami dirinya yang sebenar. 

Bagaimanapun berkat kesabaran, kehadirannya kini mula diterima ramai.

Ini luahan penuh Vida. 

chef wan beri pujian ini kenyataan balas datuk seri vida 3

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Akhirnya.. Chef Wan mengalah. Setelah lama saya cuma perhati dalam diam. Tak kata apa-apa. Hanya sabar dan buat macam tak ada apa-apa. Bertahun dia cakap saya makcik kampung, gila popular, bermegah dengan kekayaan. Apapun benda ni cuma bagaikan semut saja. Kadang ada yang mengkritik, saya kemudiannya akan duduk termenung berseorangan memikirkan kata-kata orang terhadap saya. Tapi saya terus alihkan fikiran. Saya nak baik dengan semua orang. Apapun sayang, saya sentiasa positif dan kuatkan diri. Terima kasih Chef Wan atas kenyataan awak baru-baru ni. Mungkin kena kenal saya lebih dekat ya. Tapi kenyataan ni bukan hanya untuk Chef Wan saja. Untuk yang suka mengutuk dan mengata sayalah ya. Sebenarnya kadang-kadang apa yang saya lakukan untuk bisnes terutamanya, hanya akan nampak dan akan difahami setelah lima tahun akan datang. Sama juga macam saya nak masuk dunia ni. Dulu bukan senang dan satu hal, kita kena tegas dan jujur. Itu saja saya pegang walau dengan siapa. Tak main selindung-selindung belakang ya! Besar harapan saya mahu takluk dunia. Saya belajar macam mana kejayaan orang-orang maju di dunia. Sebab tu saya sentiasa berkarya. Supaya dapat menyerikan nama MALAYSIA di persada dunia. Muah sayang. Terima kasih sebab menyokong saya sampai sekarang ya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)