Oleh pada 09 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Aktres Emma Maembong menafikan dakwaan kononnya dia bakal bernikah dengan ahli perniagaan berpangkat Datuk dari Sabah sekaligus menjadi penyebab perceraian lelaki itu.

Ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Salim Rahman itu sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan tentang status hubungannya dengan Emma iaitu sebagai kawan selepas berkenalan melalui keluarga.

Bagaimanapun, aktres berusia 25 tahun itu berkata, kisah dia bakal bernikah dengan Salim mula tersebar selepas lelaki tersebut diminta ahli keluarga supaya meminangnya.

"Salim adalah kenalan abang ipar saya dan saya serta keluarga agak rapat dengannya. Apabila abang ipar dan kakak keluar bertemu rakan mereka, kadang-kadang saya ada bersama. Jadi secara tidak langsung kami menjadi kawan.

"Saya tahu abang ipar sering bergurau dengan Salim dengan memintanya untuk meminang saya. Percayalah tiada apa yang serius mengenai perkara itu," katanya yang dipetik daripada laporan Harian Metro.

Mengulas mengenai tanggapan dia menjadi penyebab Salim bercerai dengan bekas isteri tiga minggu lalu kerana ingin menikahinya, Emma memberitahu dia terkejut.

Jelas Emma, ketika dia mula berkenalan dengan Salim, lelaki itu telahpun terlebih dahulu bercerai iaitu kira-kira setahun sebelumnya.

“Perkara itu turut diketahui Kamal kerana tiada rahsia antara kami berdua. Semua perkara berlaku membabitkan hal peribadi sepanjang bersama Kamal, semuanya saya kongsikan dengannya.

“Ketika itu ada juga orang mahu masuk meminang dan perkara itu saya beritahu kepadanya.

“Sebagai kawan paling rapat, saya tidak pernah simpan satu perkara pun daripada Kamal," terangnya.

Malah, tegas Emma, sekiranya benar dia dan Salim akan bernikah, kenapa pula dia perlu menghebahkan tentang lelaki itu kepada umum ketika dalam masa yang sama, sedang berkawan rapat dengan Kamal.

"Saya tidak pernah merahsiakan persahabatan saya dengan Salim daripada umum dan Kamal. Disebabkan tiada yang serius, saya tidak rasa ada salahnya untuk saya memuat naik gambar di Instagram,” luahnya.

Terdahulu, Emma memuat naik foto bersama Salim ketika menjayakan sebuah program yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Gambar itu mencetuskan tanda tanya memandangkan hubungannya dengan Kamal ketika itu sedang bergolak.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)