Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Sedar tak sedar, nampaknya perkahwinan pasangan usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudahpun memasuki tahun yang ke-11.

Pasangan bahagia ini tidak lokek bercerita tentang pengalaman romantis sewaktu mula-mula berkenalan, berkawan dan akhirnya menjadi suami isteri.

Kata Aliff menerusi kiriman Instagram, dia bagai tidak percaya wanita yang pada awalnya tidak mempunyai persefahaman dengannya itu akhirnya menjadi pasangan hidup.

Aliff akui sukar untuknya menolak sekiranya itulah jodoh yang sudah ditetapkan Tuhan. 

"11 tahun dulu.. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak 'ngam' sebab dia pendiam dan tegas.

"Saya pula gila-gila. Jadi macam tak sebulu sangat hanya kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha... padan muka," tulis Aliff.

Manakala Shahida pula berkongsi pengalaman sewaktu naik pelamin dengan Aliff. 

Kenyataan yang dimuatkan di kapsyen Instagram itu turut disertakan foto lengkap bersongket berwarna hijau pucuk pisang ketika hari bahagia mereka.

"11 tahun lepas, warna ni tengah popular di sekitar majlis-majlis kahwin, sebab tu kita pakai baju warna ni.

"Alhamdulillah waktu ni dapat tajaan daripada Abang Mail dari Butik Pengantin Syahirah Rawang sebab dulu selalu jadi model butik dia.

"Saya kahwin umur 22, @aliffsyukriterlajaklaris waktu tu umur 20 tahun. Macam tak percaya pula dah injak 11 tahun usia perkahwinan dan nak masuk empat cahaya mata campur Ameena dan Qayyum semua dah enam orang (ramai kan anak-anak saya)," tulis Shahida.

Aliff yang disatukan dengan Nur Shahida pada 10 Ogos 2008, kini mempunyai tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Malah, mereka juga mengambil anak angkat, Ameena yang sudahpun mencecah umur 5 bulan dan Qayyum, tiga bulan.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)