Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Pengusaha kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 30, akui mengalami kesempitan hidup yang teramat sewaktu zaman kecilnya.

Menurut Aliff, dia dibesarkan dengan kehidupan yang merempat kerana ibu bapa yang tidak mampu memberikan kesenangan.

“Dahulu masa kecil mak abah saya tak mampu nak bahagiakan dengan kesenangan. Kami hidup merempat, dah besar baru senang.

“Saya tahu sebab mereka susah dan faktor perceraian,” tulisnya di Instagram.

beli susu tak mampu saya diberi air sirap patutlah saya ada penyakit aliff syukri 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Malah, Aliff, berkata, dirinya diberi minum air sirap sewaktu bayi kerana ketidakmampuan membeli susu.

“Waktu bayi mak saya cakap nak beli susu tak mampu, saya diberi air sirap (patut lah saya ada penyakit disleksia).

“Kami hanya tidur di lantai malah saya lahir di dalam rumah sebab tak ada duit ke hospital dan jarak yang jauh,” katanya lagi.

Keperitan hidup yang ditanggung membuatkan Aliff nekad memenuhi keperluan hidup anak-anak yang dibesarkan sesempurna mungkin.

“Sekarang abah tak nak benda yang sama berlaku kepada anak-anak abah,” azamnya.

Pengakuan Aliff itu menyentuh hati netizen di laman sosial yang turut menzahirkan rasa kagum atas pencapaian hidupnya kini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)