Oleh pada 17 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Gambar fail EPA / The Malaysian Insight

Seorang doktor pelatih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Klang, kelmarin, atas pertuduhan melakukan dan memulakan perbuatan menghantar komen jelik menerusi akaun laman sosial Facebook kepunyaannya melibatkan Yang di-Pertuan Agong, dua tahun lepas.

Tertuduh, Dr Mohd Faiz Mohd Yusop (29 tahun) mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan ke atasnya di depan hakim Tasnim Abu Bakar.

Menurut pertuduhan, dia didakwa secara sedar memulakan perbuatan menghantar komunikasi yang berbentuk jelik berserta tujuan menimbulkan rasa sakit hati individu lain sekitar pukul 6 petang pada 16 Disember 2016.

Selepas itu, komen tersebut dibaca pada tarikh serupa sekitar pukul 10.45 malam di sebuah restoran, Jalan Permai 1A, Taman Kota Pendamar, Pelabuhan Klang.

Dia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Siti Fatimah Yahya selaku Timbalan Pendakwa Raya, yang memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000.

Namun, Dr Mohd Faiz yang diwakili peguam Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa memohon jaminan diturunkan kepada RM5,000 atas sebab abang tertuduh cuma dapat menyimpan duit dengan jumlah tersebut sahaja.

Tasnim mengizinkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 15 Mac ini.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)