Oleh pada 08 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Facebook Tharani Devarajoo / Malay Mail Online

Jenaka ingin mendirikan rumahtangga bersama lelaki lain dalam waktu terdekat dikatakan menjadi sebab seorang kerani wanita ditikam sehingga meninggal dunia oleh teman lelaki­nya sendiri yang kemudiannya menghantar mayatnya ke Balai Polis Damansara, Petaling Jaya Isnin lepas.

Satu sumber berkata, gurauan D. Tharani (35 tahun) sejak dua ming­gu lepas didakwa menimbulkan rasa hampa dan tidak puas hati teman lelakinya yang berumur 37 tahun terhadap mangsa.

Hari kejadian dilaporkan adalah klimaks kekecewaan dan ketidakpuasan hati suspek yang gagal mengawal perasaan marah sebelum bertindak menikam kekasihnya.

Menurutnya lagi, insiden terjadi ketika pasangan tersebut tiba di pasar raya Giant di Damansara bagi tujuan membeli-belah lalu wujud perselisihan faham di tempat letak kereta.

Sumber berita: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)