Pada Mei 2009, seorang lelaki (Hu Bin) berumur 20 tahun terlibat dalam lumba haram jalanan di Hangzhou, China. Namun, keretanya terbabas dan menghentam pejalan kaki yang sedang melintas jalan.

Kereta tersebut dipandu dengan begitu laju sehinggakan mangsa dilanggar tercampak hampir 20 meter. 

Saksi di tempat kejadian dan pemberita mengambil gambar pemandu tersebut yang menunjukkan Hu Bin dan rakan-rakannya yang kaya dengan selamba menghisap rokok serta ketawa ketika menunggu polis tiba ke tempat kejadian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gambar ini kemudiannya dimuat naikkan ke atas talian dan mencetuskan kemarahan awam. 

anak dato vvip menteri kurang ajar

Kemarahan masyarakat terhadap tingkah laku pemuda Cina kaya ini semakin marak apabila tuduhan kes ini ditutup oleh polis.

Kemarahan orang awam bertambah apabila Hu Bin hanya dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara yang mana dilihatkan sebagai tersangat ringan di sebuah negara yang mana hukuman bagi kemalangan yang sama adalah hukuman mati.

Namun, tuduhan yang paling menagejutkan adalah bahawa lelaki yang hadir di mahkamah dan menjalani hukuman selama 3 tahun itu bukanlah Hu Bin, tetapi orang lain yang telah diupah untuk menggantikannya.

Tuduhan ini bukanlah sesuatu yang tak masuk akal.

Dikatakan telah menjadi sebahagian daripada budaya Cina selama berabad-abad, "Ding zui" adalah amalan menyewa pengganti (body double) untuk dibicarakan dan menerima hukuman bagi pihak seseorang.

Istilah ini diterjemahkan secara harfiahnya kepada "pengganti penjenayah". 

remaja yang didakwa menggantikan hu bin

(Remaja yang didakwa menjadi pengganti (kiri) dan gambar Hu Bin (kanan))

Biasanya, golongan lelaki dan wanita kelas rendah diupah untuk menanggung kesalah jenayah golongan elit kaya Cina.

Sebagai balasan, mereka ini mendapatkan jaminan kewangan untuk diri atau keluarga mereka yang mana hanya boleh diimpikan sahaja sebelum ini.

Dikatakan bahawa orang kaya yang mengamalkan Ding zui mempunyai hubungan erat dengan kerajaan, maka amalan itu tidak disiasat dengan betul.

Menurut Occupy Wall Street, terdapat golongan yang terdiri daripada 1% yang mengawal China, namun terdapat sebahagian kecil itu mengawal kekayaan yang lebih tinggi.

Satu persepuluh daripada 1% ini mengawal hampir separuh kekayaan di negara ini. Anak-anak dan saudara kepada pemerintah China yang membesar bersama-sama telah membentuk ikatan perhubungan yang menguntungkan masing-masing.

Ini termasuklah dari segi kewangan, perlindungan dan juga pertuduhan jenayah.

Ding zui telah mendapat perhatian dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan orang ramai mengesyaki bahawa ia digunakan dalam dua kes profil tinggi. Salah satunya adalah kes Hu Bin di atas. 

Satu lagi kes melibatkan seorang peguam terkenal dan ahli perniagaan, Gu Kailai. Dia juga merupakan isteri kepada antara salah seorang ahli politik paling berkuasa di China, Bo Xilai.

Pada Ogos 2012, Gu Kailai disabitkan kesalahan membunuh ahli perniagaan Inggeris, Neil Heywood dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa individu yang menjalani perbicaraan kes tersebut bukanlah Gu Kailai. 

gu zailai dan suaminya

(Gu Kailai dan suaminya yang merupakan individu berkuasa)

Menurut seorang pegawai polis di China, China mengawal penduduk mereka dengan sendiri. Jika seseorang itu berkuasa, maka kemungkinan besar perkara sebegini akan berlaku dengan membelanjakan sejumlah wang dan kekal bebas.

Menurutnya, amalan bukanlah sesuatu yang biasa namun bukanlah jarang berlaku. Sebagai contoh, pegawai polis tersebut memberikan senarai mafia terkenal berpangkat tinggi yang mana membayar orang lain untuk menjalani hukuman mereka.

Mafia-mafia tersebut mengambil berat tentang keluarga si pengganti dan membayar bonus untuk hukuman yang dijalani.

Kadang-kala, ahli keluarga melindungi antara satu sama lain. Ini adalah benar terutamanya dalam kes-kes kemalangan jalan raya, di mana pihak polis boleh mengenal pasti kenderaan yang terlibat dalam jenayah itu tetapi tidak dapat mengenal pasti pemandu.

Dalam satu kes, seorang pemandu mabuk melanggar seorang lelaki tua dalam sebuah kemalangan. Namun, anak lelaki pemandu mengakui dia "mengaku" sebagai pemandu secara palsu untuk mencegah polis daripada menguji tahap alkohol darah ayahnya.

Dalam kes pemandu mabuk, tidak berlesen atau tidak diinsuranskan, ia "sering kali berlaku" di mana pengganti yang merupakan seseorang yan mempunyai insurans, lesen atau paling tidak berada dalam keadaan, akan mengaku bagi pihak pemandu. 

Walaubagaimanapun, sekiranya gambar atau video penjenayah di tempat kejadian telah diedarkan secara meluas, adalah perlu untuk menggunakan khidmat pengganti berbayar.

gu zailai dan penggantinya

(Gu Zailai dan individu yang didakwa sebagai penggantinya)

Contoh yang paling berjaya adalah mereka yang langsung tidak dikenali dan ia tetap memerlukan helah yang hebat untuk membolehkannya berjalan dengan lancar.

Pada Oktober 2010, seorang pemuda yang memandu mabuk di kampus Hebei University telah melanggar dua pelajar kolej, membunuh seorang daripada mereka.

Pemandu tersebut yang merupakan anak timbalan ketua polis daerah, meneruskan perjalanannya.

Apabila pengawal keselamatan dan pelajar lain memberhentikannya, pemandu mabuk tersebut menjerit: "Tuduhlah saya jika anda berani. Ayah saya ialah Li Gang,".

Skandal ini seolah-olah mendedahkan masalah China terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tuduhan ke atas percubaan melindungi ke ini termasuklah teori konspirasi mengenai Zing dui.

Oleh kerana anak lelaki Li Gang dikenali dengan dua nama berbeza, iaitu Li Yifan dan Li Qiming, khabar angin mengatakan bahawa salah satu daripada nama-nama ini adalah milik pengganti upahan.

Satu poster internet menulis secara sarkastik: "Walaupun dia telah menerima hukuman mati, dia masih boleh mencari seseorang untuk menjadi penggantinya!"

Amalan pengganti penjenayah bukanlah sesuatu yang baru. 

Selama berabad-abad, penggunaan pengganti jenayah adalah antara perkara pertama disebukan orang Barat ketika membincangkan sistem undang-undang China.

Mubaligh dan pengembara Karl Gützlaff pada tahun 1834, ilmuwan undang-undang Perancis Édouard Louis Joseph Bonnier pada tahun 1862 dan cendekiawan Amerika Owen Lattimore pada tahun 1930-an menulis mengenai amalan ini.

Pada tahun 1895, mubaligh Taiwan, George Mackay menyifatkan menyaksikan pengganti penjenayah ini dengan berkata "Ia adalah satu rahsia terbuka bahawa lelaki ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes itu, tetapi telah disogok untuk memakai cangue (sejenis hukuman) selama enam minggu."

Pada tahun 1899, Ernest Alabaster, seorang sarjana undang-undang jenayah Cina, menulis bahawa mahkamah "membenarkan" pesalah sebenar untuk mengupah pengganti dan bahawa perkara-perkara seperti itu sering berlaku dan sudah lama berlaku. 

Dan walaupun keputusan yang diputuskan kerajaan adalah berlawanan, di bawah sistem ini, ia selalu berlaku.

ding zui 416

Dikatakan bahawa, kadar upah untuk pengganti banduan pada tahun 1848 adalah sebanyak RM92, yang bersamaan dengan RM8,200 pada hari ini.

Lebih mengejutkan, pengganti juga boleh diupah untuk menjalani hukuman mati. 

Beberapa pegawai China yang mengakui penggunaan amalan ini itu menjelaskan keberkesanannya.

Menurut mereka, penjenayah sebenar telah "dihukum" dengan terpaksa membayar ke atas jenayah yang dilakukan, sementara hukuman terhadap pengganti itu telah menakutkan penjenayah lain sekaligus mengurangkan kadar jenayah secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, "silap mata" ini menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan, terima kasih kepada kewujudan Internet.

Wargamaya China dengan mudah boleh mengedarkan gambar untuk membandingkan imej seseorang pelaku yang didakwa dengan orang yang muncul di mahkamah.

Malah, ini berlaku dalam kes Hu Bin.

Berikut adalah gambar perbandingan Hu Bin di dalam keretanya selepas kemalangan itu dan lelaki yang muncul dan dilaporkan menjadi dirinya di ruang mahkamah, dengan soalan mudah: "Adakah ini orang yang sama ???? Adakah semua orang di China buta ?".

Laman sesawang ini menyediakan empat gambar, iaitu lelaki misteri di mahkamah, Hu Bin selepas kemalangan,  Hu Bin dalam kehidupan seharian dan seorang lelaki yang dikatakan sebagai pengganti.

ding zui 2

Penulis mencatatkan perbezaan antara berat badan dan jarak antara kening, serta membuat kaji selidik Internet di mana 130 orang merasakan lelaki di mahkamah adalah Hu Bin, manakala 8,873 yang membuat kesimpulan bahawa dia adalah pengganti.

Akan tetapi, tidak semua orang percaya bahawa keluarga Hu Bin mengupah pengganti.

Pihak berkuasa kehakiman menegaskan bahawa lelaki yang dihukum adalah Hu Bin dan seorang pegawai berkata bahawa "Kes ini bukan salah satu daripada Ding zui.

Keluarga Hu Bin hanya mempunyai kekayaan yang sederhana dan mereka tidak mempunyai kuasa politik.

Foto-foto lelaki di dalam kereta dan di mahkamah kelihatan seperti orang yang berlainan, tetapi ia hanya sudut kamera dan pencahayaan,".

Namun, pegawai itu tidak menafikan terdapat kemungkinan rasuah terlibat kerana hukuman penjara 3 tahun adalah sesuatu yang tersangat ringan bagi kes sebegitu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)