Kredit foto: artisbuzz.com
Meskipun pengiktirafan Hafiz Hamidun sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia baru-baru ini dikecam ramai pihak, ianya sama sekali tidak menjejaskan persiapan majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei ini.
Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim.
Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri. Walaupun sedih, tapi insyaAllah ia tak jejaskan mood dan persiapan saya untuk dinikahkan Isnin ini.
Menyentuh soal dugaan sepanjang tempoh pertunangan, Hafiz mengakui dirinya dan Joy Revfa masing-masing sibuk sehingga tiada masa untuk wujudnya salah faham antara mereka berdua. Malah, dia bersyukur kerana Joy seorang yang faham akan kerjayanya sebagai seorang artis.
Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati. Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan segera.
Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam. Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham.
Untuk pengetahuan, Hafiz dan Joy Revfa selamat bertunang pada 22 Mac lalu dan bakal bernikah pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sumber: mStar Online & beautifulnara.com