Kredit foto: beritapremium.com & musicjinni.com
Penyanyi Hafiz Hamidun menegaskan kemelut perkahwinan yang terjadi antara dirinya dan isteri, Joy Revfa tidak berkait dengan isu rumah tangga.
Bagaimanapun Hafiz enggan mengulas lanjut dan meminta pihak media dan para peminat bersabar sehingga tibanya sidang media yang akan diadakan nanti.
Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun
Ini bukan soal rumah tangga. Ia berkaitan isu lain yang akan saya jelaskan pada sidang media nanti. Saya sekali lagi ingin tegaskan di sini, ia memang isu luar daripada hal rumah tangga. Buat teman media dan peminat yang disayangi, saya harap anda semua dapat bersabar.
Sumber: BH Online
Sebelum ini, isteri Hafiz, Joy Revfa menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial kerana didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangganya sendiri. Joy didakwa enggan mendengar nasihat suami sehingga berlaku ketegangan dalam perhubungan mereka.
Mengulas kemungkinan yang akan menyusul dalam episod baru perkahwinannya, Hafiz menyatakan dia hanya mampu menjadi seorang yang optimis.
Saya berfikiran positif dengan apa yang akan berlaku.
Sumber: BH Online
Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun