Kredit foto: creativeummah.com
Terkini penyanyi Hafiz Hamidun tampil membuat ulasan mengenai majlis pernikahannya sekaligus mendedahkan identiti bakal isterinya yang terdahulu dirahsiakan.
Dakwaan sebelum ini yang menyatakan pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad, Joy Revfa ataupun nama sebenarnya, Siti Arifah Amin sebagai bakal isteri Hafiz adalah benar. Sementara itu, beliau mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mei depan.
Segala persoalan lebih lanjut akan dijawab dalam satu sidang media khas serta majlis bertunang yang akan berlangsung pada 22 Mac ini.
Insya-Allah, saya akan umumkan secara rasmi di majlis sidang media yang akan diadakan di Shah Alam. Lokasinya, saya akan umumkan nanti. Perkenalan kami bermula sejak dua bulan lalu. Mungkin tidak terlalu lama, tetapi proses perkenalan antara kami akan diteruskan selepas bernikah.
Hafiz meminta peminatnya mendoakan agar segala persiapan menjelang majlis perkahwinannya nanti akan berjalan dengan lancar.
Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada 1 Julai iaitu bersamaan 7 Syawal manakala majlis pihak lelaki pula diadakan di Perak pada 7 Julai.
Sumber berita: Harian Metro & Beautifulnara