Oleh pada 26 Aug 2017 kategori

Kredit foto: taliponburok.com & Facebook Safiah Abbas

Netizen berang apabila isu perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa dirumitkan lagi dengan kenyataan daripada ahli keluarga Joy.

Jika sebelum ini, kakak kepada Joy membuat beberapa siri kenyataan, kini giliran ibu Joy pula memuat naik beberapa kiriman status Facebook yang secara terang menyindir menantunya, Hafiz.

isu perkahwinan hafiz hamidun ibu joy revfa pula masuk campur 2

Kredit foto: Beritamemey & Facebook Safiah Abbas

Antara kenyataan lain yang dibuat ibu Joy di akaun Facebooknya adalah seperti berikut:

1) Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JAIS kerana dapat memberi kenyataan serta penjelasan dan kebenaran kepada media tentang lulus atau sah perkahwinan Joy Revfa Sofia dan Hafiz Hamidun serta telah mendapat pengakuan yang jelas daripada bekas suami. Saya juga dengan rendah hati memohon pihak media serta rakan-rakan menghentikan cerita-cerita yang boleh membawa fitnah kepada kedua-dua pihak. Saya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan dengan cara yang baik agar anak saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa suami dan saya mengharap di suatu hari nanti Allah temukan insan yang benar-benar dapat membahagiakan serta yang beragama agar dapat membimbing beliau hingga jannah. 

2) Anakku insan terpilih yang sering diberi dugaan perkahwinan. Ibu doakan supaya suatu hari nanti Allah temukan Insan yang baik serta beragama.

3) Kesabaran sayang amat ibu hargai. Kalaulah arwah ayah ada, pasti dia berasa gembira kerana arwah ayah Joy seorang yang penyabar.

4) Laporan JAIS Joy Revfa. Lulus nikah selepas bekas suami mengaku telah bercerai. Usah persendakan agama lagi.

5) Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami – Prof Muhaya.

6) Kita jangan jadi org yang tidak bermaruah. Kalau kita bergaduh dengan orang tidak bermaruah, kitapun sama.

7) Yang banyak cakap ni yang sebenarnya nak tutup kelemahan, banyak cakap banyak silap.

Sumber: Facebook Safiah Abbas

Netizen dilihat tidak menyenangi tindakannya yang turut sama ingin memanjangkan isu berkenaan.

isu perkahwinan hafiz hamidun ibu joy revfa pula masuk campur 3

Kredit foto: Beautifulnara

Mujur ahli keluarga Hafiz tidak turut serta dalam perang ini. Ada betulnya kata Hafiz dalam kenyataan terdahulu supaya mana-mana pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan sehingga tibanya hari perbicaraan nanti kerana bimbang akan menimbulkan lebih banyak spekulasi. Apakata kita tunggu sahaja hari perbicaraan di mahkamah yang akan mendedahkan kebenaran sebenar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)