Oleh pada 22 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Penyanyi, Siti Sarah, mengaku wujud salah faham apabila dirinya dianggap bersikap biadap terhadap seorang lelaki tua dalam rakaman yang dimuatnaik di Instagramnya.

Sarah menjelaskan, kekeliruan yang timbul itu berlaku kerana segelintir netizen tidak mengenali lelaki tua itu ialah bapa kandungnya sendiri iaitu Raissuddin Hamzah, manakala aksi berkenaan hanyalah sekadar lakonan dan gurauan sesama mereka.

Penyanyi genit itu berharap mereka yang tidak mengetahui kisah sebenar agar tidak sesuka hati menghentam, sebaliknya menyelidik terlebih dahulu situasi sebenar.

dikatakan biadap dengan bapa ini jawab siti sarah 2

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

"Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.

"Nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadap sebab tak beli barang pakcik ini.

"Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian amin," luahnya di Instagram.

Terdahulu, kecaman para pengikut bertebaran di ruangan komen video yang dikongsi pada Rabu itu.

Mengapa tidak, penyanyi yang dikenali dengan rangkaian lagu berirama sentimental ini kononnya dikatakan berlaku biadap kerana tidak membeli barang-barang jualan lelaki tua berkenaan.

Akui kecewa, Sarah yang menjawab pertanyaan seorang pengikut berkata, dia terkilan dengan komen negatif yang dilayangkan orang ramai hingga berasakan mahu menutup sahaja akaun laman sosial itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)