Selain daripada membolehkan manusia bernafas, oksigen juga digunakan untuk proses pernafasan bagi haiwan untuk menghasilkan tenaga, untuk bahan api yang terbakar untuk menghasilkan haba dan cahaya, sebagai penyejuk dalam komputer pemprosesan tinggi dan dalam menyediakan persekitaran yang selamat untuk bayi baru lahir dalam inkubator kanak-kanak.
Walaupun hanya terdiri daripada 21% udara di atmosfera kita, oksigen adalah gas yang paling penting bagi kewujudan hidupan di muka Bumi. Dengan ini, jelas sekali bahawa oksigen merupakan komoditi yang sangat diperlukan di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun oksigen bukan gas rumah kaca yang menyerap haba, tetapi kepekatannya dalam atmosfera kita mempengaruhi jumlah cahaya matahari sampai ke Bumi, sekaligus mengubah dan mengawal iklim planet kita.
Sekiranya oksigen di Bumi lenyap, semua hidupan akan terbakar akibat sinaran UV dari Matahari tidak disekat.
Bahagian dalaman telinga kita akan meletup kerana perubahan tekanan atmosfera, semua logam akan terkimpal bersama kerana ketiadaan lapisan oksida dan semua struktur konkrit akan hilang ketegarannya serta runtuh kerana kekurangan molekul oksigen dalam CO2.
Semua yang mengandungi air akan meruap sebagai hidrogen ke angkasa, sementara segala-galanya di atas kerak Bumi akan jatuh ke secara bebas ke arah teras bumi, kerana 45% daripada teras Bumi adalah oksigen.
Jika semua ini berlaku akibat ketiadaan oksigen, pernah tak anda terfikir apa yang akan berlaku jika tahap oksigen meningkat dua kali ganda di Bumi?
Kesan oksigen berganda terhadap Bumi
Pertama sekali, anda akan menyedari bahawa saiz labah-labah, lipas dan serangga lain yang menyeramkan manusia akan berubah menjadi lebih besar daripada sekarang, dengan erti kata lain "serangga gergasi".
Makhluk-makhluk kecil ini bernafas melalui tiub kecil yang dipanggil trakea, jadi dengan lebih banyak oksigen memasuki tiub-tiub ini, badan akan berkembang dan saiznya menjadi berganda-ganda.
Saiz pepatung akan berkembang kepada saiz burung helang manakala labah-labah pula mempunyai nafsu makan yang cukup untuk menelan seekor burung merpati.
Walaubagaimanapun, anda tak perlu bimbang tentang raksasa-raksasa ini kerana anda akan menjadi lebih hebat dari segi kelajuan.
Disebabkan terdapat lebihan oksigen dalam paru-paru, setiap nafas anda akan membuatkan stamina anda bertambah dengan begitu dahsyat.
Darah kaya oksigen akan mengepam melalui urat anda, memacu otot anda dengan tenaga manakala peredaran darah yang lebih baik akan memberi anda ketangkasan dan tumpuan yang lebih tinggi.
Jadi, jika oksigen berganda, Usain Bolt mungkin mampu memecahkan rekod dunia yang dipegangnya ketika ini.
Neutrophils adalah sejenis sel darah putih yang membentuk bahagian kritikal sistem imun kita dengan menggunakan oksigen untuk melawan penyakit.
Sel-sel ini akan mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk menangkis virus dan bakteria yang berbahaya, disebabkan oleh ketersediaan oksigen yang lebih tinggi sekaligus mengurangkan jangkitan bakteria dan penyakit.
Namun, oksigen berlebihan juga boleh memberikan keburukan kepada badan. Kerahan tenaga yang teruk terhadap organ-organ anda akan menyebabkan keletihan atau lebih teruk, maut.
Kematian dari keletihan akan menjadi sesuatu yang lebih biasa berbanding dari penyakit.
Kesan oksigen melampau terhadap tumbuh-tumbuhan
Perubahan yang paling ketara disebabkan penggandaan jumlah oksigen adalah ia akan mempercepatkan proses seperti pernafasan dan pembakaran.
Dengan kehadiran lebih banyak bahan bakar, iaitu oksigen, kebakaran hutan akan menjadi lebih besar dan dahsyat, membuatkan segala-galanya termasuk tumbuhan basah terbakar dengan mudah.
Pada masa yang sama, proses seperti fotosintesis akan menjadi perlahan disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang lebih rendah di atmosfera.
Tumbuhan hijau akan mati dan menghasilkan landskap seperti zaman prasejarah satu ketika dahulu, dengan bertambahnya jumlah cendawan.
Kesan oksigen berlebihan terhadap kawasan bergunung
Bagi mereka yang suka mengembara dan mendaki gunung, masalah paling utama ketika berada di altitud tinggi tidak lagi perlu dibimbangkan.
Ini adalah kerana jumlah oksigen yang berganda membuatkan anda tidak lagi berhadapan dengan masalah pernafasan.
Malah, anda boleh terus tinggal di kawasan beraltitud tinggi. Ini sekaligus akan membuatkan kawasan bukit dan gunung menjadi zon yang boleh dihuni, menjadikan kualiti dan pembentukan tanah semula jadi merosot.
Kesan oksigen yang tinggi terhadap atmosfera bumi
Dengan bergandanya tahap oksigen, kepadatan udara di atmosfera juga akan bertambah.
Hal ini akan membolehkan pesawat, peluncur angin, payung terjun dan burung untuk terbang lebih tinggi serta terbang untuk tempoh yang lebih lama.
Kepekatan oksigen yang tinggi akan membawa kepada atmosfera yang lebih tebal sekaligus akan membiaskan lebih banyak cahaya matahari dan menjadikan langit kelihatan lebih biru dan suhu udara akan menurun.
Kesan oksigen berlebihan terhadap mesin dan kejuruteraan
Oksigen dalam bahan api meningkatkan prestasi enjin dengan mengurangkan jumlah nitrogen memasuki enjin, yang membuatkan enjin menjadi panas.
Kurang haba bermakna peningkatan prestasi enjin, serta tahap penggunaan bahan api yang lebih rendah. Ini akan menjadikan industri dan kereta yang lebih cekap dan lebih baik di dunia.
Walau bagaimanapun, pembakaran bahan api yang lebih besar akan melepaskan lebih banyak gas ekzos yang akhirnya akan memusnahkan atmosfera.
Kesimpulan
Sudah tentu, hasil yang teruk biasanya diikuti dengan situasi yang baik.
Manfaat yang dibawa oleh penggandaan jumlah oksigen di Bumi sangat menarik, namun ia juga akan membuatkan jangka hayat kita menjadi lebih pendek dan planet yang tidak dapat diramal.
Kita sangat bernasib baik kerana planet kita adalah hasil daripada campuran semua bahan yang sempurna.
Jumlah oksigen 21% mungkin kelihatan tidak cukup bagi 7 bilion manusia, namun jika jumlah ini menjadi kurang atau bertambah, Bumi akan menjadi kacau-bilau.
Rujukan: