Kredit foto: Rotikaya
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida mengesahkan dia dan suami Fairuz Ahmad Zainuddin telah sama-sama hadir ke Mahkamah Syariah Perak pagi semalam untuk proses lafaz cerai selepas menfailkan permohonan beberapa minggu lalu.
Dalam kenyataan ringkasnya apabila ditanya tentang punca perceraian tersebut, Vida menjelaskan dia dan suami sudah tidak mempunyai persefahaman.
Semuanya dimudahkan dan kami sah bercerai, kami tidak mempunyai persefahaman lagi.
Sumber: Harian Metro
Dalam kenyataan lain, Vida menjawab dakwaan sinis yang menyamakan dirinya dengan selebriti Hollywood, Elizabeth Taylor kerana kerap bertukar pasangan dalam perkahwinan.
Menurut Vida, hanya dia yang memahami situasi sebenar, sedang orang di luar sana hanya tahu bercakap.
Saya tak sangka kisah rumah tangga saya jadi isu besar dan orang nak tahu mengapa, kahwin cerai, kahwin cerai? Orang kata Elizabeth Taylor ke saya ni, kahwin cerai, kahwin cerai. Mereka tak berada di tempat saya. Mungkin kalau ingat cerai ini semuanya salah isteri atau salah saya. Orang boleh cakap apa yang tak betul dengan diri saya tapi hanya Allah yang tahu saya sudah lakukan yang terbaik.
Sumber: Mstar
Mengulas mengenai perasaannya selepas gagal dalam perkahwinan ketiga, pengasas kosmetik tersebut mengakui berasa sayu, namun tetap bersyukur kerana segala urusan yang melibatkan proses perceraian itu berjalan dengan lancar.
Perasaan sedih, pilu… syahdu bercampur-baur belaka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Allah permudahkan segala urusan. Kita pun tak sangka panas hingga ke petang, ingatkan sehidup semati akan bersama dengan orang yang kita sayang tapi ia berakhir begini.
Sumber: Mstar