Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sebelum ini menolak lamaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah, Rani Kulup dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai ciri-ciri suami idamannya.

Malah, Vida juga menganggap Rani melamarnya hanya kerana inginkan publisiti.

tolak lamaran rani kulup rupanya dato vida sedang kenal hati budi jejaka eopah 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida 

Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh.

Sumber: The Malay Mail Online

Bagaimanapun, siapa sangka sebenarnya Vida sudahpun punya seseorang yang cuba mendekatinya.

Dedah Vida, dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka Eropah berusia 30-an. Apa yang membuatkan Vida terharu adalah apabila lelaki tersebut sanggup datang dari jauh ke kediamannya di Ipoh, Perak pada Aidilfitri baru-baru ini. 

tolak lamaran rani kulup rupanya dato vida sedang kenal hati budi jejaka eopah 3

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah. Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya. Dia ada segalanya... kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham. 

Sumber: Mstar

Ditanya tentang sejauh mana perhubungannya dengan jejaka itu, Vida masih menganggap mereka dalam fasa berkawan. 

tolak lamaran rani kulup rupanya dato vida sedang kenal hati budi jejaka eopah 4

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini. Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya. 

Sumber: Mstar

Terdahulu, Vida mendedahkan telah menerima lamaran daripada lebih 50 orang lelaki menerusi email resume - tidak terhad daripada rakyat tempatan, malah turut melibatkan negara luar termasuk Finland dan Scotland. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)