Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

Kredit foto: The Malay Mail Online

Usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dikenali ramai dengan kontroversinya yang tak putus-putus. Ada saja drama yang ditimbulkan. Meskipun dikecam selalu, namun Aliff masih tak serik dengan isu-isu panasnya.

Dan kali ini Abang Terlajak Laris kita ni sekali lagi tampil dengan kontroversi hangat. Dengar khabar dah mengamuk pula! Apa kes?

Rupanya Aliff mengamuk kerana tudungnya telah diciplak di negara Vietnam. Bukan sahaja rekaan ditiru, malah jenama pula ditukar kepada nama jenama lain. Bila namanya barang tiruan sudah semestinya harganyapun berganda-ganda murah, kan? Tak pasal-pasal periuk nasi Aliffpun terjejas. Susah payah mencipta rekaan dan jenama sendiri, ada pula pihak yang bersenang-lenang mengambil keuntungan di atas usaha orang lain. 

Ini kata Aliff:

Macam manalah bisnes baru saya ni nak maju kalau rekaan saya kena curi? Penat saya pagi petang siang malam nak bangunkan jenama Aliff Syukri tapi akhirnya diciplak jadi banyak warna! Ini rekaan saya pada bulan Januari, sekarang baru mereka nak tiru. Beginilah orang nak cepat kaya.
Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

Tegas Aliff, para pelanggan tidak seharusnya tertipu kerana walaupun tudung tiruan itu dijual dengan harga yang murah tetapi mempunyai kualiti kain yang jelas berbeza.

datuk aliff syukri mengamuk di vietnam 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Orang yang bijak akan beli yang asli. Bukan yang tiruan. Koleksi Aliff Syukri dibuat daripada kain satin silk asli dan direka khas oleh saya. Saya merayu belilah yang asli dan jangan beli yang tiruan. Apa perasaan kamu semua bila dah kerja penat-penat untuk menghasilkan jenama sendiri lepas tu senang-senang saja orang curi rekaan dan cetak beratus ribu, buat duit kaya-raya.
Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

Difahamkan, Aliff menjejaki negara Vietnam semata-mata untuk menyiasat dan membongkarkan sendiri gejala cetak rompak yang berleluasa terhadap produknya.

Apapun kami harapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Untuk para pembeli di luar sana juga haruslah memberi kerjasama dengan mendapatkan produk yang asli. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)