Oleh pada 05 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri kini dalam proses permohonan untuk memiliki senjata api sendiri.

Hal itu didedahkan beliau menerusi kiriman Instagram terbaru yang memaparkan foto dirinya sedang bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor sambil membawa beg berwarna hitam.

Menerusi kapsyen, Aliff meminta netizen berdoa agar permohonan itu diluluskan. Jelas Aliff, tindakan tersebut bertujuan untuk menjamin keselamatannya tanpa mengharapkan bantuan pengawal peribadi. 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, netizen meluahkan pendapat mereka.

Ada yang bersetuju, tak kurang ada juga yang menyelar dengan alasan tertentu.

Kata seorang pengikut iaitu @imfarahmasdi, dia sedar niat asal Aliff yang ingin menjaga keselamatan diri, namun mewar-warkan hal itu di laman sosial bukanlah satu tindakan yang bijak.

Begitu juga pendapat @juad_orton yang menulis, "Benda ni semua ada SOP dia, bukan semua perkara boleh kita kongsi kepada umum, Datuk."

Tidak berdiam diri, Aliff dalam satu komen balasnya memberitahu, dia hanya ingin berkongsi perkara itu kepada para pengikut, justeru dia berharap netizen tidak mengambil perkongsian itu secara negatif.

datuk aliff syukri buat permohonan senjata api 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri
Demi keselamatan, doakan permohonan pistol saya diluluskan supaya saya lebih selamat. Saya tak memerlukan pengawal peribadi lagi kerana saya semakin kuat. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)