Dalam kitab Ijazu al-Quran karya Mustafa Shadiq menyatakan bahawa ada tujuh orang terkemuka yang pernah berusaha menghasilkan buku yang menandingi al-Qur’an. Salah seorang dari mereka adalah Ibnu al-Muqaffa yang menulis al-Qur’an tandingan yang bernama "ad-Durrah al-Yatīmah". Selain itu, Abu Ala al-Ma'arri seorang penyair agung juga pernah mencuba meniru al-Qur’an dalam kitabnya “al-Fushūl wa al-Ghāyāt”. Semua percubaan ini gagal secara total.
BESARKAN TEKS A- A+
Umat Islam yang kuat bersifat terbuka
Yang menarik perhatian bukan karena mereka gagal dalam usaha ini. Namun lihatlah sifat keagungan umat Islam terdahulu yang mencetak dan menyebar dua kitab ini : "ad-Durrah al-Yatīmah" dan "al-Fushūl wa al-Ghāyāt"
Ianya Benar, umat Islam sendiri yang mencetak dan membaca kitab yang menyerang kitab suci mereka. Ini menunjukkan bahawa kita umat Islam adalah umat yang kuat, terbuka, ikhlas, percaya diri dan sekaligus sangat percaya pada Agama dan janji Tuhan-nya.
Kisah Bayram Al-Tunsi
Selain tujuh usaha meniru al-Qur’an ini, ada juga percubaan lain dalam tempoh terdekat ini. Misalnya percubaan yang dilakukan oleh sasterawan Mesir yang bernama Bayram al-Tunsi. Pada masa mudanya ia sangat benci pemerintah, hingga ia diasingkan ke Perancis justeru membuatkan jiwanya lebih memberontak.
Beliau ingin mencela parti politik al-Wafd yang saat itu dipimpin oleh Sa'ad Zaghlul. Lalu beliau membuat penulisan bersurah seperti al-Qur’an. Namun kemudian beliau sedar, menangis dan bertaubat. Beliau juga pernah berkata "saya tidak rela ada orang lain meriwayatkan tulisan saya ini". (Namun selepas beliau meninggal dunia, karya beliau tetap dibukukan).
Bayram telah bertaubat setulus hati, banyak berzikir dan selalu menjaga solat hingga akhir hayatnya. Beliau juga ada menulis puisi taubat yang hingga saat ini tersebar dan sering dinyanyikan di kalangan orang Arab. Antara bait popular dalam puisi ini berbunyi:
دعاني لبيته # لحدّ بابْ بيتهْ
Yang bermaksud "Dia Memanggilku. Dan aku menjawab panggilannya. Aku menemui-Nya hingga aku bersimpuh di depan pintu-Nya".
Maulana Syaikh Ali Jum’ah (Disarikan dari An-Nibrās, hal: 381-384)
Penulisan asal : Ahbab Maulana Syeikh Ali Jumaah