pembava buku indie alternatif

Jangan terkejut jika anda diberitahu, pada tahun 1997, purata pembacaan buku di negara kita hanyalah sekitar sehelai muka surat setahun. Yang baiknya, pada tahun 2002, statistik itu semakin meningkat - kepada dua helai setahun.

Sehinggalah pada tahun 2005 kajian mendapati purata jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia meningkat kepada 2 naskhah buku sepanjang tahun. Bermula pada 2010, angka itu semakin meningkat kepada 8 buah buku, sebelum kajian terbaru mendapati angka 15 buku setahun kita adalah penanda aras kepada budaya membaca rakyat Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penerbitan buku indie atau lebih tepat dikenali sebagai buku alternatif banyak membantu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia, kerana bahan bacaan alternatif banyak di pasaran negara kita, yang membantu meningkatkan jumlah terbitan buku di negara kita setiap tahun. Buku-buku alternatif ini juga menjadi kegilaan remaja-remaja kerana gaya penulisannya yang lebih santai serta tidak terlalu formal seperti buku-buku terbitan lain. Jika anda baru ingin cuba-cuba membaca buku alternatif, buku terbitan mana yang patut menjadi opsyen anda?

1. FIXI

kedai fixi

Buku FIXI semakin mendapat tempat di pasaran selepas penerbitannya mula menjalinkan beberapa siri kerjasama dengan pengedar buku besar seperti MPH dan juga pesta buku Big Bad Wolf satu masa dulu. Dikepalai oleh pengarah filem kontroversi Amir Muhammad, identiti FIXI lebih banyak terarah kepada penulisan berbentuk novel fiksyen yang menampilkan penulis-penulis baru. Jika anda ingin membaca novel Bahasa Inggeris tulisan karya anak tempatan, cuba tinjau-tinjau label FIXI NOVO yang banyak di pasaran.

2. Lejen Press

kedai lejen press

Dengan logo garang berupa singa mengaum, Lejen ditubuhkan oleh seorang anak muda bernama Aisamuddin Md. Asri yang terlebih dahulu meminta izin ibunya, sebelum berhenti kerja dan menubuhkan rumah penerbitan. Meletup dengan buku 'Awek Chuck Taylor' hasil tulisan seorang penulis bernama Nami Cob Nobbler, kini Lejen Press sudah mengembangkan genre penulisan mereka dengan menerbitkan komik hasil lukisan anak tempatan.

3. Gerak Budaya

gerak budaya pulau pinang

Diasaskan oleh Pak Chong, seorang bekas tahan ISA, Gerak Budaya bukan hanya sebuah penerbitan buku cap ayam. Mempunyai visi besar untuk menggerakkan budaya (haha) ke satu tahap yang lebih tinggi, buku-buku terbitan Gerak Budaya bukanlah untuk bacaan santai suka-suka. Karya terbitan Gerak Budaya lebih berkisar kepada politik, kritikan sosial, kajian serta penyelidikan yang agak berlawanan arus perdana.

4. Dubook Press

kedai dubook press

Ditubuhkan oleh seorang anak muda bernama Saufy Nizar selepas cuba-cuba belajar menerbitkan buku, kini Dubook Press boleh berbangga atas pencapaian yang telah dicapai mereka. Lokasi kedai buku mereka kerap menjadi latar belakang sesi pengambaran produksi hiburan kerana rekaannya yang unik, kini Dubook Press mengorak langkah dengan menceburi industri makanan pula menerusi pembukaan sebuah kafe yang dinamakan Kafe Liar.

5. Sindiket Soljah/Studio Anai-Anai

studio anai anai

Dua studio ini mempunyai perhubungan yang agak rapat, mungkin kerana atas faktor persahabatan sesama mereka. Dua studio ini adalah antara penerbit buku yang boleh dikira under-rated. Penerbitan melalui Studio Anai-Anai lebih tertumpu kepada penghasilan karya asli berbentuk bukan fiksyen. Menjadi bualan ramai sebagai pengasas kepada gerakan pentas yang dilabelkan dengan nama Maskara yang kini terpaksa dihentikan selepas berjaya menganjurkannya




Hakcipta iluminasi.com (2017)