Anda penggemar kucing?
Pernahkah anda berasa iri hati melihat bagaimana anjing dilabelkan sebagai haiwan peliharaan yang bijak dan menurut kata, sementara kucing pula.....begini.
Atau begini.
Atau begini.
Kajian Oregon State University mendapati kucing sebenarnya lebih menggemari interaksi dengan manusia berbanding;
MAKAN!
Satu kajian menggunakan 50 ekor kucing menggunakan stimuli makanan, interaksi dengan manusia, bauan catnip dan permainan mendapati jika keempat-empat stimuli itu dikawal serta tidak diberikan, perkara pertama yang kebanyakan kucing dalam kajian itu akan cari terlebih dahulu adalah interaksi dengan manusia.
Ini membuktikan secara saintifik, sebenarnya kebanyakan kucing tidak kisah berlapar, asalkan mereka dapat bermain dengan tuan mereka. Kita saja yang selama ni ingatkan dia nak bersendirian melayan perasaan.