Gurun Arab merupakan antara salah satu lokasi yang mempunyai ekosistem paling dahsyat dan ekstrem di atas muka Bumi.

Hari-hari pada musim panas di kawasan ini mampu mencapai suhu 40 darjah Celcius manakala pada malam musim sejuk, suhu akan menjunam serendah -25 darjah Celcius.

Ini membuatkan haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan bukit pasir ini mempunyai kepakaran dalam situasi ekstrem.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Slah satu daripada penghuni gurun pasir ini adalah makhluk bertubuh kecil yang mana anda mungkin tidak pernah mendengar namanya, iaitu kucing pasir.

kucing pasir gurun arab 2

Kucing ini mungkin kelihatan seperti kucing-kucing biasa di rumah anda atau di jalanan, namun ia merupakan satu-satunya kucing yang tinggal di padang pasir ini.

Malah, ia boleh sangat hebat dalam menyesuaikan diri dengan suhu ekstrem di Gurun Arab.

Pada hari-hari yang tersangat panas, pasir di gurun ini mampu mencapai suhu 80 darjah Celcius dan ini adalah cukup panas untuk membuatkan kaki kucing terbakar.

Walau bagaimanapun, kucing pasir mempunyai bulu yang panjang menutupi tapak kakinya sekaligus melindungi haiwan ini daripada pasir Arab yang panas.

kucing pasir raja padang pasir

Dan bulu-bulu ini bukan sahaja melindungi kaki kucing pasir, tetapi juga tidak menghasilkan tapak kaki pada pasir yang mana membuatkan hampir mustahil untuk pemangsa memburu haiwan ini.

Namun di kawasan padang pasir, suhu panas dan haba hanyalah salah satu daripada masalah bagi ekosistem.

Oleh kerana terdapat hanya sedikit wap air di udara untuk memerangkap kehangatan, suhu pada waktu malam menjunam ke paras beku.

Nasib baik kucing pasir ini memiliki bulu tebal yang melindungi badan dari suhu sejuk eksterm dan menjadikannya panas pada waktu malam serta pada hari siang.

Kucing pasir ini agak sukar untuk dilihat kerana ia hidup dalam kepadatan yang rendah, sangat hebat dalam menyamar dan ketika bergerak, kucing ini akan merapatkan badannya ke tanah.

kucing padang pasir bergerak dengan badan rapat ke tanah

Malah ketika berlari, kucing pasir akan merapatkan perutnya ke atas tanah serendah yang boleh.

Walaupun kelihatan kelakar dan comel, kucing ini mampu mencapai kelajuan 40 kilometer sejam, hampir menyamai kelajuan Usain Bolt iaitu 44.72 kilometer sejam.

Kucing yang sangat sukar ditemui ini biasanya ditemui di Gurun Sahara Barat, Semenanjung Arab dan Asia Tengah.

Pada siang hari, ia akan berusaha mengelakkan diri daripada cahaya matahari yang terik dengan tidur di tempat teduh atau dalam lubang-lubang pasir.

Dan pada waktu malam, kucing ini menjadi tersangat aktif.

kucing pasir waktu malam

Habitat haiwan ini sangat gersang di mana sangat sukar untuk kita melihat tumbuh-tumbuhan dan juga air. Untuk mencari makanan, kucing pasir akan mengembara pada jarak yang jauh sehingga 8 kilometer pada satu malam.

Habitat di sini mempunyai penghuni yang sangat jarang oleh kerana para penghuni di sini mencuba sehabis baik untuk terus bersembunyi.

Dan untuk mencari makanan di kawasan yang ekstrem ini, kucing pasir mempunyai dua kelebihan besar, iaitu sepasang telinga yang hebat.

Telinga kucing pasir adalah sangat besar dan mempunyai saluran telinga kira-kira 2 kali lebih lebar daripada kucing domestik.

Ini membuatkan kucing pasir dapat mengesan bunyi dengan frekuensi yang sangat rendah, satu kemahiran yang sangat berguna di padang pasir terbuka di mana bunyi perlahan bergerak paling jauh.

kucing pasir miliki telinga besar

Telinga gergasi ini memungkinkan makhluk ini untuk mendengar pergerakan mangsa di padang pasir sejauh setengah kilometer.

Dengan makanan yang agak sukar untuk didapati, kucing pasir tidak memilih makanan dan makan apa sahaja yang mampu didapati, termasuklah cengkerik.

Satu lagi cabaran hidup di padang pasir ini sudah tentunya air dan ia sangat sukar ditemui di padang pasir.

Namun begitu, kucing pasir tidak perlukan air untuk hidup kerana ia telah menyesuaikan diri untuk bertahan hidup tanpa perlu meminum air.

Sebaliknya, kucing ini mendapatkan lembapan yang diperlukan oleh badan untuk terus hidup, daripada mangsanya.

kucing pasir makan ular

Selain daripada menjadikan kucing ini pemburu yang hebat, telinga besar yang dimiliki mempunyai kegunaan lain iaitu mendengar kucing pasir yang lain.

Kucing ini hidup dengan kepadatan yang sangat rendah dan mungkin terpisah di antara satu sama lain dalam jarak berpuluh-puluh kilometer, menjadikan pengawanan agak sukar berlaku.

Namun, telinga sensitif kucing pasir membuatkan ia mampu mengesan kucing pasir lain dan mengeluarkan bunyi yang kedengaran seperti salakan.

Jika ia bernasib baik menemui pasangan dan berhasil dalam mengawan, kucing betina biasanya akan mendapat 3 ekor anak.

kucing pasir dan anak

Anak kucing pasir membesar dengan sangat cepat dan mencapai tiga perempat daripada saiz dewasa hanya dalam tempoh 6 bulan. Dalam tempoh setahun, ia akan mampu berdikari.

Seperti kucing kecil yang lain, kucing pasir sangat sukar ditemui dan tidak banyak yang kita tahu tentang haiwan ini.

Populasinya terpisah jauh di kawasan pedalaman dengan persekitaran yang ekstrem, membuatkan kajian tentang haiwan ini hampir mustahil.

Walaupun sukar untuk dikaji, ini juga memberikan kelebihan kepada kucing pasir di mana ia terpelihara daripada perburuan haram dan pencerobohan manusia.

Malah sehingga tahun 2015, kita hampir tidak tahu apa-apa mengenai kucing ini dan masih banyak yang perlu dipelajari tentangnya.

Rujukan:

1. New Scientist

2. National Zoo

3. Animalogic




Hakcipta iluminasi.com (2017)