Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

Jika kita ditanyakan soalan siapa manusia terpantas dunia, sudah pasti jawapannya adalah Usain Bolt.

Memang benar, Bolt bukan sekadar adalah pelari terpantas dunia, dia juga adalah manusia terpantas dunia dan dia memegang rekod kelajuan paling pantas yang pernah dicapai oleh manusia ketika berlari. Apakah rekod-rekod ini?

1. Purata kelajuan terpantas untuk jarak 100 meter dan 200 meter lelaki

BESARKAN TEKS     A-  A+

usain bolt olimpik 32381

Usain Bolt memegang kedua-dua rekod tersebut. Dengan masa 9.58 saat dan purata kelajuan 37.58 km/j bagi jarak 100 meter dan 19.19 saat dengan purata kelajuan 37.52 km/j bagi jarak 200 meter, Rekod Bolt sehingga sekarang belum dapat dicabar pelari lain.

2. Purata kelajuan terpantas untuk jarak 100 meter dan 200 meter wanita

florence griffith joyner olimpik atlit

Bagi rekod atlit wanita pula, kedua-dua jarak tersebut masih dipegang oleh pelari legenda Amerika Syarikat, Florence Griffith Joyner atau lebih dikenali dengan nama Flo-Jo. Rekodnya dalam jarak 100 meter dan 200 meter, dengan masa 10.49 saat dan 21.34 saat belum dapat dipecah bertahun-tahun lamanya. Dia melakukan dua larian tersebut dengan purata kelajuan 34.31 km/j dan 33.73 km/j. Jelas, Flo-Jo lebih pantas dalam acara 200 meter.

3. Purata kelajuan terpantas untuk jarak 400 meter

pelari olimpik jerman

Rekod ini masih dipegang oleh pelari Amerika Syarikat, MIchael Johnson yang memegang rekod 43.18 saat bagi kategori lelaki dan pelari Jerman, Marita Koch bagi kategori wanita yang mencatatkan masa 47.60 saat. Purata kelajuan Johnson dan Koch masing-masing adalah 33.34 km/j dan 30.24 km/j.Pembetulan - Bagi kategori lelaki, rekod dunia kini dipegang oleh Wayde Van Niekerk dari Afrika Selatan dengan masa 43.03 saat pada tahun 2016, memecahkan rekod Michael Johnson sejak 1999 dengan kelebihan 0.15 saat.

4. Purata kelajuan terpantas untuk jarak 1000 meter

pelari olimpik kenya terpantas 1000 meter

1000 meter atau 1 kilometer merupakan satu jarak yang cukup panjang. Sehingga kini rekod dunia sejak 1999 dipegang oleh Noah Ngeny, atlit kelahiran Kenya bagi kategori lelaki dengan masa 2 minit 11.96 saat dengan purata kelajuannya adalah 27.29 km/j. Bagi wanita pula, Svetlana Masterkova, atlit Rusia memegang rekod bagi wanita dengan masa 2 minit 28.98 saat. Svetlana mencipta rekodnya dengan purata kelajuan 23.47 km/j.

5. Berapakah rekod kelajuan terpantas pernah dicapai oleh seseorang pelari?

usain bolt rekod baru dunia 100 meter

Secara rasminya, Usain Bolt memegang rekod tersebut. DIa mencatatkan kepantasan 44.72 km/j ketika berada dalam jarak 60-80 meter semasa berlari untuk mencipta rekod dunia acara 100 meter beliau. Walaupun begitu, Justin Gatlin, pelari Amerika yang kerap menjadi pencabar Bolt, pernah berlari dengan bantuan kipas anggin untuk sebuah rancangan komedi Jepun. Dalam rancangan itu, rekod yang beliau catatkan untuk larian 100 meter adalah 9.45 saat, yang berkemungkinan besar menjadikan Gatlin telah berlari lebih pantas daripada Bolt.

6. Berapakah kelajuan purata bagi orang bukan atlit?

orang normal gemuk

Bagi orang kebanyakan, purata kelajuan kita berlari adalah sekitar 6-12 km/j bergantung kepada tahap kesihatan kita. Mungkin ramai juga yang mampu berlari lebih pantas berbanding kelajuan purata tetapi jika dibandingkan antara kelajuan orang biasa dengan atlit-atlit bertaraf dunia, jauh ketara juga perbezaannya. Jika manusia berlumba lari dengan beruang yang besar sekalipun, kita akan kalah kerana beruang mampu berlari sepantas 48km/j.




Hakcipta iluminasi.com (2017)