Oleh pada 13 Jul 2017 kategori

Siapa yang tak kenal dengan atlet ini tinggi lampai. Usain Bolt, manusia terpantas dan antara salah seorang atlet yang paling terkenal di atas planet Bumi. Beliau adalah juara bertahan dan juga merupakan satu-satunya atlet yang berjaya memegang rekod acara pecut 100 meter dan 200 meter selepas sistem "fully automatic time" diperkenalkan, serta rekod dalam acara 4 x 100 meter berganti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

rekod 100m

Sebelum ini rekod-rekod ini silih berganti dicipta oleh atlet-atlet lain. Namun, rekod yang dicipta oleh Usain Bolt dengan catatan 9.58 saat dan 19.19 saat bagi acara 100 dan 200 meter pada tahun 2009 di Berlin, Jerman ini seolah-seolah tidak akan dapat dipecahkan oleh mana-mana atlet lagi.

Bagi acara 100 meter, rekod terdekat yang tercipta adalah oleh rakan senegaranya, Asafa Powell iaitu 9.78 saat dan bagi acara 200 meter pula, catatan Usain Bolt itu telah berjaya memecahkan belenggu acara itu yang sebelum ini dipegang oleh Michael Johnson pada tahun 1996 iaitu dengan catatan 19.32 saat.

rekod 200m

Pada tahun 2009, Michael Johnson berkata, "Nasib baik Usain Bolt tidak bertanding dalam acara 400 meter, jika beliau bertanding, saya rasa habislah rekod saya yang berusia 20 tahun itu,". Namun rekodnya akhirnya berjaya dipecahkan oleh atlet Afrika Selatan, Wayde van Niekerk.

Jadi, apakah yang membuatkan Usain Bolt tersangat pantas daripada atlet-atlet dunia yang lain sehinggakan dilihat seperti tiada saingan baginya untuk menjuarai acara-acara ini?

usain bolt raja pecut

Jika dilihat kepada rangka badannya yang terlalu tinggi membuatkan ianya sebagai satu halangan dalam acara ini kerana ia memerlukan daya pecutan yang tinggi. Namun, ia dibuktikan sebalikya oleh Usain Bolt. Menurut seorang pensyarah Biomekanik dari Universiti Loughborough, Dr. Sam Allen, atlet pecut perlu menjana tenaga otot yang sangat tinggi selari dengan jisim badan mereka ketika melakukan lonjakan dengan bersentuhan dengan tanah.

usain bolt stride

"Kebanyakan atlet menghabiskan jumlah masa yang sama ketika berada di udara ketika mencapai kelajuan maksima, namun perbezaannya ialah atlet yang lebih hebat menggunakan lebih sedikit masa ketika berada di atas permukaan tanah," jelas Dr. Sam Allen.

Pendapat ini dipersetujui oleh Dr. Ian Bezodis, Direktor Makmal Sukan Biomekanik di Universiti Metropolitan Cardiff. Beliau juga mencadangkan bahawa kelajuan Usain Bolt ini boleh dijelaskan dengan mengkaji semula fizik GCSE dan hukum pergerakan Newton. Jelas beliau, selepas henjutan di blok permulaan, sentuhan antara kaki dan tanah mengambil masa 0.2 saat dan ia berkurangan kepada 0.1 saat apabila mencapai halaju maksima.

"Perkara terpenting adalah lonjakan yang kuat di setiap sentuhan dengan tanah," terang Dr.Ian.

usain bolt olimpik 965

Perkara ini juga menjadi perbincangan hangat mengenai otot "fast-twitch", yang diperhebatkan lagi dengan mereka yang mempunyai genetik pecut, iaitu ACTN3. Otot ini adalah sangat penting di dalam acara pecutan kerana ianya menjana pecutan dalam masa yang singkat, berbanding otot "slow-twitch" yang lebih kepada ketahanan dalam acara jarak jauh.

Menurut kajian, 3 daripada 4 orang rakyat Jamaica mempunyai genetik ini berbanding hanya 70% daripada atlet antarabangsa Amerika Syarikat. Selain itu, aktiviti genetik ini dipertingkatkan lagi oleh tanah di Jamaica yang tinggi dengan aluminium. Kebolehan Usain Bolt berkemungkinan besar disumbang oleh faktor geografi di mana beliau dibesarkan.

usain bolt 4

Walaupun bersetuju dengan kenyataan ini, Dr. Allen mempercayai bahawa faktor otot "fast-twitch" bukan lah penentu segalanya kepada kelajuan Usain. Menurut beliau, atlet pecut yang mempunyai otot fasikel (sejumlah serat otot) yang lebih panjang dan tendon Achiless yang lebih pendek membolehkan otot mereka berfungsi dalam kelajuan yang tinggi.

ketinggian bolt 661

Usain Bolt yang berketinggian 195 sentimeter dianggap sebagai terlalu tinggi sebagai seorang pelari pecut. Rata-rata atlet pecut lain adalah di bawah 185 sentimeter seperti Yohan Blake, Justin Gatlin, Tyson Gay. Pemegang rekod dunia sebelum dipecahkan oleh Bolt, Asafa Powell adalah atlet yang paling hampir dengan ketinggian Bolt dengan 191 sentimeter.

Perbezaan pada ketinggian memberikan kesan yang tinggi iaitu lonjakan yang lebih jauh. Usain Bolt biasanya hanya memerlukan 41 lonjakan untuk menamatkan perlumbaan berbanding 43 hingga 50 lonjakan oleh atlet lain. Dalam perlumbaan jarak dekat ini, setiap langkah memberikan kesan yang sangat besar.

usain bolt 5

Menurut Dr. Allen lagi, faktor ketinggian Bolt juga sebagai penyebab kehebatan beliau. Tiada sebab biomekanikal yang jelas dapat membuktikan ketinggian dapat memberikan kelebihan atau keburukan kepada pecutan namun ia dapat memberikan kesan terhadap pecutan.

Jika diselami dengan lebih mendalam, keletihan yang tercetus ketika membuat pecutan berkait dengan jumlah kontraksi pada otot yang mempengaruhi lonjakan. Ini memberikan kelebihan kepada atlet yang lebih tinggi sehingga ke garisan penamat kerana otot masih segar berbanding atlet yang lebih rendah.

10 tahun yang lalu, orang akan mengatakan atlet yang terlalu tinggi mempunyai kekurangan berbanding atlet yang berketinggian ideal (180-185cm), namun apa yang dilakukan Bolt membuktikan ia tidak semudah itu untuk membuat konklusi seperti itu.

usain bolt pecut

Konklusinya, faktor utama yang menjadikan Usain Bolt manusia terpantas di dunia dan kemungkinan tidak ada akan ada yang memperbaharui rekodnya, adalah disebabkan susuk tubuhnya yang lebih tinggi daripada atlet pecut lain, dan dapat mengawal ketinggiannya itu dengan sempurna. Terdapat pelbagai faktor lain juga yang menentukan kelajuan seseorang atlet itu yang berjaya ditakluk oleh Usain Bolt termasuklah menggabungkan langkah yang panjang dengan kekerapan langkah untuk mengatasi pelari lain.

Usain Bolt telah menggunakan setiap kelebihan yang ada padanya untuk menjadi pelari terpantas di dunia.

Ketika mencatatkan rekod dunia 100 meter di Berlin, Usain Bolt telah mendahului dari awal. Dalam jarak 60 meter, beliau hanya memerlukan 6.29 saat, iaitu purata 1.05 saat untuk 10 meter. Jika kelajuan ini diteruskan, masa yang akan dicatatkan ialah 10.48 saat. Namun ia tidak berlaku kerana kelajuan Bolt semakin bertambah di 40 meter terakhir dengan purata kelajuan adalah 0.82 saat untuk 10 meter, iaitu 0.22 saat lebih laju dari 60 meter awal.

Rujukan :




Hakcipta iluminasi.com (2017)