Oleh pada 01 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM1.6 bilion dalam sebuah sidang media di Putrajaya, semalam.

Menurutnya, BSH 2018 fasa kedua akan mula disalurkan kepada seramai 4.1 juta penerimanya yang layak, berbanding 7.2 juta penerima sebelum ini.

Pembayaran akan dibuat bermula 6 Jun ini dan turut mengekalkan jumlah lama.

Sehubungan itu, bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing dan surat kelulusan akan diberikan ke rumah penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

Tambahnya, BSH dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah untuk membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1800-88-2716 atau email ke BR1M@treasury.gov.my. 

Terdahulu, BSH diumum menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran sebelum ini.

Sumber:

1. Facebook Harian Metro

2. Facebook Astro Awani [1,2]

3. Facebook Agenda Daily

4. Facebook BNBBC

5. Facebook Sinar Harian

6. Twitter Ibrahim Sani

7. Facebook Channel W

8. Facebook Buletin TV3 [1, 2, 3]

9. Facebook Bernama Radio

10. Facebook Astro Radio News

11. Facebook Malaysiakini

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)