Kredit foto: Facebook Lim Guan Eng (Gambar tiada kaitan dengan berita ini)
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi akaun Twitternya mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar kepada penerima bulan hadapan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Sepertimana yang diarahkan oleh Tun Mahathir, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan", tulisnya.
Terdahulu, Perdana Menteri memberitahu bahawa kerajaan akan mengkaji semula pemberian BR1M supaya ia dapat ditumpukan kepada golongan yang lebih memerlukan.
Seramai 7.2 juta penerima BR1M 2018 telah memperoleh bantuan kewangan tersebut melalui bayaran peringkat pertama pada 26 Februari lalu.
Sumber:
4. Facebook Free Malaysia Today
Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan.