Negara-negara Eropah sememangnya terkenal sebagai tempat tarikan pelancong kerana kecantikan seni binanya, pemandangan yang indah serta keunikan budayanya. Sebelum ini, sebahagian besar negara-negara Eropah mengalu-alukan kedatangan pelancong yang menjadi sumber pendapatan bagi negara dan penduduk tempatan.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah timbul rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap industri pelancongan. Mereka mendakwa kebanjiran pelancong mendatangkan pelbagai masalah seperti kesesakan, kerosakan, kenaikan harga dan banyak lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

anti tourism 2

Keadaan dilihat semakin meruncing di beberapa bandar popular sebagai tarikan pelancong. Ini telah menyebabkan meningkatnya protes dari kumpulan "anti-pelancongan" yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan. Berikut adalah senarai bandar di Eropah di mana penduduk tempatannya bencikan pelancong. 

10. Hvar - Croatia

hvar croatia

Beberapa tahun kebelakangan ini, Hvar terkenal sebagai salah satu pulau pesta terbesar di Eropah. Penduduk tempatan telah menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap tingkah laku pelancong.

Pihak berkuasa tempatan cuba mengekang masalah ini dengan mengenakan denda yang besar bagi kesalahan minum arak di kawasan umum (€ 700/RM 3220), memakai pakaian renang di pusar bandar (€ 600/RM 2760) dan tidak memakai baju di bandar (€ 500/RM 2300).

9. Reykjavik - Iceland

reykjavik iceland

Industri pelancongan di Iceland mula meletus sejak krisis kewangan yang melanda negara itu pada 2008. Dalam hanya satu dekad, kadar kedatangan pelancong menunjukkan peningkatan yang amat tinggi. Kini, kebanjiran pelancong menjadi satu masalah besar.

Membuang air di kawasan terbuka, mencuri papan tanda dan mencuri kambing untuk dipanggang adalah beberapa tindakan pelancong yang menimbulkan rasa marah penduduk tempatan di Iceland. Kini penduduk tempatan mula berjuang untuk menangani impak sosial dan alam sekitar disebabkan industri pelancongan.

8. Milan - Itali

milan itali

Bandar yang dikenali sebagai Kota fesyen ini juga tidak terlepas daripada masalah akibat industri pelancongan. Bandar Milan kini sedang berusaha untuk mengekang pelbagai masalah yang ditimbulkan pelancong. 

Majlis Bandaraya Milan telah mengharamkan penjualan selfie stick, foodtruck atau gerai haram dan pembuangan sampah merata-rata. Selain itu, mereka juga mengharamkan botol kaca dan penjualan mercun. Penduduk tempatan juga menuntut kawalan ke atas aktiviti Airbnb.

7. Dubrovnik - Croatia

dubrovnik croatia

Dubrovnik kini mula memperkenalkan langkah-langkah untuk menenteramkan penduduk tempatannya yang semakin marah. Pihak berkuasa tempatan memperkenalkan plan untuk mengawal bilangan pelancong bandar Old Town yang menjadi tarikan popular.

Mereka juga cuba untuk mengurangkan kemasukan kapal kerana sebanyak 5,000 pelancong memasuki Dubrovnik melalui pelabuhannya setiap hari. Peningkatan pelancong sebanyak 10% setiap tahun juga dilihat amat membimbangkan.

6. Palma de Mallorca - Sepanyol

palma de mallorca

Bandar peranginan Palma di kepulauan Mallorca sememangnya menjadi tumpuan pelancong kerana keindahannya. Ia juga telah mengundang kempen demonstrasi anti-pelancongan dari penduduk tempatan.

Pelbagai grafiti dengan tulisan menghalau pelancong dapat dilihat di sekitar bandarnya. Ada peserta protes yang membaling suar asap di hadapan restoran di kawasan pelancongan. Pada Ogos 2018, dianggarkan seramai dua juta pelancong berada di sana dalam satu-satu masa, hampir dua kali ganda jumlah populasi asalnya.

5. Rome - Itali

rome itali

Bandaraya Rome juga cuba menangani isu-isu berkaitan pelancongan seperti Milan. Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan beberapa larangan bagi membendung masalah yang ditimbulkan pelancong.

Pelancong tidak dibenarkan minum arak di jalanan pada waktu malam, mandi atau memasuki kolam air pancut, membuka baju dan banyak lagi. Mereka juga mengharamkan gerai menjual makanan haram daripada beroperasi.

4. Santorini - Greece

santorini greece

Pulau Santorini merupakan syurga pelancong di Eropah. Namun, kebanjiran pelancong mendatangkan masalah kepada penduduk tempatan. Pada musim kemuncak, dianggarkan seramai 18,000 pelancong datang ke Santorini setiap hari.

Penduduk tempatan mula merasai bahangnya apabila keadaan menjadi terlalu sesak, harga barangan dan sewa semakin tinggi dan banyak penempatan yang diubah menjadi hotel atau rumah sewa. Datuk Bandar pulau itu telah mengeluarkan arahan untuk menghadkan hanya 8,000 pengunjung sahaja dalam sehari bagi menangani masalah ini.

3. Amsterdam - Netherlands

amsterdam netherlands

Ibu kota Netherlands ini sememangnya tempat pelacongan yang popular dan menerima sebanyak 18 juta pelancong setahun. Namun, kebanjiran pelancong telah membuatkan penduduk tempatan berasa tidak selesa. Protes anti-pelancongan dilihat semakin banyak dilakukan beberapa tahun kebelakangan ini.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah ini seperti mengharamkan perkhidmatan Airbnb di beberapa tempat, menaikkan kadar cukai pelancongan, melarang minuman keras di jalanan dan beberapa peraturan lagi.

2. Barcelona - Sepanyol

barcelona sepanyol

Barcelona adalah tempat percutian utama di Eropah. Namun, pihak berkuasa dan penduduk tempatan tidak begitu senang dengan kebanjiran pelancong yang memenuhi bandar mereka. Kos barangan dan sewa semakin mahal serta kawasan tertentu seperti Gothic Quater yang merupakan kawasan tumpuan menyediakan lebih banyak rumah sewa untuk pelancong berbanding penduduk tempatan.

Bandar itu telah menunjukkan peningkatan gelombang protes anti-pelancongan dengan ketara. Grafiti seperti "Pelancong sila pulang" dan "Pelancongan membunuh" semakin banyak muncul di seluruh bandar. Kes-kes vandalisme yang melibatkan bas dan motosikal pelancong juga semakin banyak dilaporkan.

1. Venice - Itali

venice itali 321

Bandar terapung ini terkenal kerana suasana romantiknya, terusan, makanan enak dan seni bina yang mengagumkan. Namun, bandar kecil ini dibanjiri seramai 20 juta pelancong setiap tahun. Ini membuatkan bandar itu sesak ketika musim kemuncak dan memberikan banyak masalah kepada 55,000 orang penduduk tetap di situ.

Pihak berkuasa tempatan telah mengenakan pelbagai peraturan bagi menangani masalah ini. Pelancong tidak dibenarkan duduk di tangga-tangga gereja atau bangunan bersejarah. Lesen untuk kedai makanan segera atau makanan luar seperti kedai kebab juga dihentikan.

Protes anti-pelancongan semakin kerap diadakan dan pernah disertai oleh 2,000 orang penduduk tempatan. Bas pelancong juga dilaporkan telah dirosakkan oleh peserta protes seperti tayar dibocorkan dan cermin dipecahkan.

Rujukan:

1. Gerakan anti-pelancongan semakin meningkat di Eropah

2. Penduduk tempatan benci kebanjiran pelancong asing

3. Lokasi tumpuan pelancong yang menimbulkan kemarahan penduduk




Hakcipta iluminasi.com (2017)