Hawaii terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan dan menjadi tumpuan bagi pelancong yang gemarkan pantai dan aktiviti di sekitarnya. Walaupun lokasinya begitu jauh dengan tanah besar negara Amerika Syarikat, Hawaii kini berada di bawah penguasaan Amerika Syarikat.

Ya, Hawaii merupakan negeri ke 50 yang menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat, selepas kemasukan Alaska yang merupakan negeri ke 49. Kedua-duanya hanya menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan kisah pemilikan Alaska ini pernah kami tulis dalam artikel Sejarah Pemilikan ALaska oleh Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari segi geografi, Hawaii terletak di Lautan Pasifik kira-kira 3,200 km dari tanah besar A.S. Ia adalah satu-satunya negeri A.S. di luar Amerika Utara, satu-satunya negeri yang merupakan kepulauan, dan satu-satunya negeri yang terletak secara geografinya dalam kawasan tropika.

Berbalik kepada tajuk di atas, dengan lokasinya yang begitu jauh daripada Amerika Syarikat, bagaimanakah pulau ini boleh menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat? Siapakah yang menguasai pemerintahan pulau ini sebelum diambil oleh oleh AS?

Penduduk asal Hawaii

orang asli hawaii

Mengikut catatan sejarah, pulau-pulau ini tidak berpenghuni sehingga pelayar Polinesia tiba sekitar abad ke-5 dari Kepulauan Marquesas. Para pengembara ini datang dengan sampan berkembar dengan layar besar, diikat bersama dengan tali dan platform tengah.

Orang asli Hawaii, atau Kanaka Maoli, tinggal di pulau itu selama berabad-abad sebelum pedagang Amerika pertama menjejakkan kaki di kawasan itu pada tahun 1820-andan sebelum mereka Kapten British James Cook telh tiba pada tahun 1778.

Pada awal abad ke-18 pedagang Amerika pertama datang ke Hawaii untuk mengeksploitasi hasil kayu cendana (sandalwood) di pulau itu yan sangat bernilai di China pada masa itu. Pada tahun 1830-an, industri gula telah diperkenalkan ke Hawaii dan pada pertengahan abad ke-19 telah menjadi mapan.

Perubahan kuasa pemerintahan

monarki hawaii

Orang Amerika dan ramai orang luar datang untuk menanam tebu di pulau-pulau dan mendapatkan hasilnya sementara para mubaligh datang untuk "memodenkan" orang Hawaii. Ini telah banyak mengubah cara hidup politik, ekonomi, agama dan budaya tradisional di Hawaii yang sehingga ke tahap itu, telah wujud selama lebih seribu tahun. 

Ada yang berpendapat ini adalah peluang untuk membawa rakyat Hawaii ke masa hadapan. Sementara itu, ada yang berpendapat kemunculan orang-orang luar ini adalah permulaan kepada sebuah pengakhiran kehidupan tradisional di Hawaii.

Hawaii sentiasa mempunyai raja atau permaisuri. Pada tahun 1840, Raja Kamehameha III telah dilucutkan kuasanya, dan sebuah monarki berperlembagaan telah ditubuhkan. Dikatakan bahawa Raja sendiri membantu melakukan ini, sebagai sebahagian daripada perubahan untuk "memodenkan" Hawaii. 

Pembinaan Pearl Harbor

pearl harbor 745

Pernah dengar mengenai serangan terhadap Pearl Harbor? Tahukah anda Pearl Harbod terletak di Hawaii?

Akhirnya, kehadiran orang Amerika di Hawaii menjadi begitu ramai dan pengaruh mereka sangat kuat kuat sehingga pada tahun 1887, AS menubuhkan pangkalan tentera laut di Pearl Harbor.

Pada tahun 1891, saudara perempuan Raja Kalakaua, Liliuokalani menaiki takhta sebagai Ratu, (abangnya telah meninggal dunia) dan beliau cuba mengambil alih sepenuhnya. Liliuokalani enggan mengiktiraf perlembagaan yang telah ditetapkan oleh abangnya pada tahun 1887.

Pada Januari 1893, sebuah "Jawatankuasa Keselamatan" yang ditubuhkananjurkan oleh Sanford B. Dole, telah melancarkan rampasan kuasa terhadap Ratu Liliuokalani dengan sokongan  Amerika Syarikat. Pada 1 Februari, Menteri John Stevens mengiktiraf kerajaan baharu Dole atas kuasanya sendiri dan mengisytiharkan Hawaii sebagai negeri naungan A.S.

Dole menyerahkan perjanjian penguasaan keatas Hawaii kepada Senat A.S. tetapi kebanyakan Demokrat menentangnya, terutamanya selepas ia mendedahkan bahawa kebanyakan orang Hawaii tidak mahu menjadi sebahagian daripada wilayah A.S. 

Sehingga 1898 apabila Perang Sepanyol-Amerika meletus barulah Kongres AS meluluskan kemasukan rasmi Hawaii untuk kegunaan strategik Pearl Harbor. Pada tahun 1900, Hawaii menjadi wilayah rasmi AS, dan kemudian akhirnya pada tahun 1959, ia menjadi negeri AS ke-50.

Siapa untung? Siapa rugi?

bendera hawaii 22

Bendera Hawaii

Adakah kemasukan Hawaii sebagai salah sebuah wilayah A.S. sesuatu yang menguntungkan bagi mereka?

Ianya bergantung daripada aspek mana yang anda lihat. Sebelum orang Amerika menguasai pulau-pulau itu, Hawaii mempunyai sistem pendidikan yang dihormati, serta sistem perubatan yang memberi perkhidmatan kepada rakyatnya dengan sangat baik.

Perkhidmatan perubatan adalah percuma untuk semua pada mulanya namun selepas penguasaan A.S., orang asli Hawaii sendiri terpaksa membayar untuknya. Kemiskinan berlaku untuk penduduk asli Hawaii yang tidak mendapat penghormatan generasi sebelumnya di sekolah dan masyarakat secara amnya.

Cara hidup putih mula  mengambil alih. Apabila Amerika mengambil alih, budaya asli Hawaii telah terhakis sedikit demi sedikit. Pelajar tidak dibenarkan bertutur dalam bahasa ibunda mereka di sekolah dan tidak digalakkan menghadiri sekolah selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.

"Amerikanisasi" kehidupan di Hawaii telah menyebabkan ramai orang asli Hawaii kini hidup dengan keadaan kesihatan yang merudum dan sesetengahnya turut mendakwa tahap pendidikan yang kurang dari sebelumnya.

Maka tidak hairanlah beberapa ahli sejarah kini mengatakan bahawa Hawaii tidak diisytiharkan sebagai wilayah A. S semata-mata sebaliknya lebih tepat mereka telah ditakluki.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)