Selama lebih dari 100 tahun, Jepun telah menjadi salah satu tamadun paling kuat di dunia.
Impaknya terhadap budaya, teknologi dan masyarakat telah menjadi antara yang paling besar dalam sejarah tetapi semua ini berlaku walaupun ia mempunyai lokasi geografi yang sangat teruk.
Teras tamadun Jepun sentiasa bermula di sekitar kepulauan Jepun di Lautan Pasifik.
BESARKAN TEKS A- A+
Jepun telah lama berdiri sebagai tamadun pulau dan Jepun moden terdiri dari 6,582 buah pulau yang berlainan, namun hanya ada empat yang penting yang perlu kita ketahui iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.
Keempat-empat pulau utama ini memberikan Jepun kawasan tanah yang hanya sedikit sahaja lebih besar berbanding semenanjung Malaysia.
Dan tidak seperti Malaysia, Jepun mempunyai populasi hampir 127 juta orang, sekitar 4 kali ganda penduduk negara kita. Akan tetapi, majoriti daripada populasi ini tertumpu kepada hanya beberapa kawasan kecil di pulau Honshu.
(4 pulau utama di Jepun)
Kelemahan utama bagi geografi Jepun adalah negara ini dilitupi dengan gunung-ganang.
73% daripada keseluruhan kawasan tanah Jepun adalah kawasan bergunung yang bermaksud bahawa kebanyakan tanah di Jepun amat sukar dan mahal untuk dibangunkan untuk kediaman manusia.
Dengan hanya 27% tanah mereka yang tidak mempunyai gunung, ini bermakna walaupun ia jauh lebih besar dari segi saiz keseluruhan, namun jumlah tanah yang boleh didiami dan digunakan oleh Jepun adalah sama dengan yang dimiliki oleh Korea Selatan.
Kebanyakan penduduk Jepun sesak dan tertumpu di kawasan bandar yang sangat padat melintasi dataran yang terdapat di antara gunung-gunug.
Sebagai contoh, dataran Nobi merupakan kediaman kepada 7 juta penduduk dan dataran Osaka memiliki lebih daripada 19 juta penduduk.
Menurut sejarah, tamadun Jepun berpusat di sekitar Osaka dengan ibu kota di Kyoto, sebelum ia dipindahkan ke dataran Kanto yang lebih strategik dan lebih produktif pada abad ke-17.
Dataran Kanto adalah kawasan tunggal yang paling luas di Jepun dengan potensi tertinggi untuk pertanian dan perkembangan yang murah.
Dan itulah sebabnya hari ini dataran ini menjadi lokasi kepada kawasan bandar terbesar di dunia, iaitu Tokyo di mana 30% daripada keseluruhan penduduk Jepun tinggal di sini.
Untuk perbandingan, penduduk yang tinggal di dataran Kanto adalah seperti 38 juta orang tinggal di negeri Perak.
Ketiga-tiga dataran ini adalah lokasi bagi kawasan-kawasan bandar yang besar kerana tanah rata dan lokasinya terletak berhampiran dua buah teluk yang memudahkan perdagangan dan pengangkutan mudah.
Jepun sentiasa bergantung kepada perdagangan untuk mengekalkan statusnya sebagai kuasa besar kerana kelemahan terbesar dalam geografi Jepun adalah menjaga penduduknya yang ramai di sebuah pulau yang tidak mempunyai sumber yang cukup untuk menampungnya.
Hanya 12% dari tanah Jepun yang sesuai untuk pertanian berbanding dengan 25% dari tanah di UK, 34% dari tanah di Jerman atau 53% daripada tanah di India.
Pulau-pulau Jepun juga sangat miskin dari segi sumber semula jadi dengan hampir tiada rizab minyak, arang batu atau mineral gas asli.
Oleh itu, Jepun sentiasa perlu mencari sumber makanan dari luar untuk memberi makanan kepada penduduknya dan mendorong ekonominya sama ada melalui perdagangan atau melalui penaklukan.
Ketika ini, Jepun sangat bergantung kepada barangan makanan dan bahan api fosil diimport. Untuk sementara waktu, kerajaan Jepun cuba mengimbangi pergantungan ini dengan beralih kepada kuasa nuklear.
Pada tahun 2010, 25% daripada tenaga elektrik Jepun diperoleh dari pengeluaran tenaga nuklear domestik tetapi satu lagi kelemahan geografi utama di Jepun membantutkan usaha mereka, iaitu terdedah kepada bencana alam.
Gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011 telah menyebabkan kemalangan nuklear di kilang reaktor nuklear Fukushima.
Tragedi ini mencetuskan bantahan orang awam terhadap tenaga nuklear yang menyebabkan penutupan semua loji tenaga nuklear di seluruh negara ini pada tahun 2012.
Hari ini, hanya 4% daripada tenaga elektrik Jepun diperolehi dari tenaga nuklear dan negara ini lebih bergantung kepada import bahan api fosil.
Malah, jenis bencana alam yang lain juga boleh menyerang pada bila-bila masa dan Jepun adalah antara negara di dunia yang paling terdedah kepada bahaya bencana alam.
Kedua-dua bencana paling mahal dalam sejarah manusia berlaku di Jepun.
Gempa bumi dan tsunami 2011 yang disebutkan di atas telah menyebabkan kerugian sekitar RM1.67 trilion dan gempa bumi Great Hanshin pada tahun 1995 mengakibatkan kerosakan bernilai RM1.34 bilion.
Ini kerana lokasi geografi Jepun terletak di persimpangan 4 plat tektonik berbeza yang bergeser di antara satu sama lain, menyebabkan gempa bumi yang besar dan tsunami yang dahsyat kerap berlaku.
Namun, ini bukanlah satu-satunya bencana yang perlu dibimbangkan oleh Jepun.
Pertindihan plat ini juga telah memberikan kepulauan Jepun memiliki 108 gunung berapi aktif, merangkumi 10% daripada kesemua gunung berapi aktif di dunia yang kadang-kala meletus dan menyebabkan kerosakan dahsyat.
Pelbagai bencana alam dan geografi yang teruk telah membuat perkembangan di Jepun sangat sukar, tetapi ia juga membuatkan cubaan untuk menceroboh Jepun oleh kuasa asing sangat sukar dicapai.
Sepanjang sejarah, Jepun tidak pernah pernah ditawan oleh kuasa luar dan sebahagian daripada sebab adalah kerana sejak dahulu, JepunĀ berada jauh dari semua kuasa dunia utama yang lain.
Yang paling dekat adalah China, terletak 800 kilometer di seberang lautan terbuka dan satu-satunya pencerobohan yang datang dari arah ini adalah ketika Mongol cuba untuk menceroboh sebanyak dua kali pada abad ke-13.
Namun, kedua-dua cubaan itu gagal akibat dua taufan yang berbeza menghancurkan armada mereka. Rupa-rupanya, bencana alam boleh dilihatkan sebagai satu kelebihan dan manfaat kepada Jepun.
Dan disebabkan Jepun terletak jauh dari sebahagian besar Asia dan dunia, mereka mempunyai pilihan untuk meneruskan dasar pengasingan yang mereka lakukan selama lebih dua abad antara 1641 dan 1853 pada bila-bila masa.
Pada ketika itu, Jepun pada dasarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan dunia luar dan menghukum rakyatnya yang meninggalkan pulau itu dengan hukuman bunuh jika mereka kembali.
Tetapi kekurangan bahan mentah dan tanah pertanian yang diperlukan untuk menjaga ekonomi dan memberi makan kepada rakyatnya telah membuatkan para pemimpin Jepun untuk menerapkan dasar imperialisme yang sangat berbeza untuk memperoleh apa yang mereka perlukan.
Dan sasaran utama mereka adalah Korea.
Ini kerana semenanjung ini adalah pilihan logik untuk pengembangan kerana ia terletak dekat dengan teras Jepun, ia dapat berfungsi sebagai terowong bagi tentera Jepun untuk maju lebih jauh ke Asia dari dan kaya dengan sumber mineral semula jadi serta tanah pertanian.
Jepun pernah sekali mencuba untuk menakluk Korea untuk sebab-sebab ini sebelum tempoh pengasingan pada tahun 1592 dan kemudian sekali lagi pada abad ke-20 selepas berakhirnya zaman pengasingan.
(Pencerobohan Jepun ke atas Manchuria pada tahun 1931)
Ekonomi perindustrian Jepun yang pesat pada abad ke-20 memerlukan perkara seperti minyak, arang batu, keluli dan makanan yang mana tidak dimiliki oleh Jepun.
Jadi, Jepun terlibat dalam peperangan untuk tempoh lebih daripada 20 tahun untuk menjamin sumber-sumber tersebut.
Ia menakluki Taiwan dari China, mengalahkan Rusia dan menakluki Korea, menyerang Jerman dan menawan Pulau Pasifik, menyerang China sekali lagi untuk menawan Manchuria, dan akhirnya menceroboh seluruh China.
Ketagihan menawan kawasan sekitar ini adalah sangat berbahaya bagi Jepun kerana setiap serangan yang dilakukan memberikan akibat yang lebih buruk dari segi sekatan antarabangsa, yang mengehadkan keupayaan Jepun untuk berdagang bagi mendapatkan sumber.
Apabila Amerika Syarikat melakukan sekatan ke atas Jepun pada tahun 1940 dan memotong bekalan minyaknya, tentera Jepun mendapati bahawa mereka hanya mempunyai dua tahun sebelum kehabisan rizab minyak.
Keperluan minyak yang menekan negara ini oleh keadaan geografi dan sekatan perdagangan menyebabkan tentera Jepun sekali lagi menyerang negara luar iaitu Indonesia dan Filipina, yang pada akhirnya membuatkan seluruh dunia menentang mereka.
Jepun melampaui batas di seluruh Pasifik dan mengurangkan rizab minyak dan arang batu dengan cepat yang mereka tidak mungkin dapat mengisi kembali di negara sendiri, dan berhadapan dengan penentangan dunia yang kuat.
Namun, kuasa-kuasa luar yang berperang menentang Jepun juga berhadapan dengan masalah yang sama dihadapi tentera Mongol pada abad ke-13.
Jadi, untuk tidak berhadapan dengan masalah ini, AS memutuskan untuk melepaskan bom atom ke atas negara ini dan Jepun akhirnya menyerah kalah.
Akibatnya, Jepun kehilangan semua wilayah yang ditakluki sejak Revolusi Perindustriannya dan sekali lagi terhad kepada sumber serta tanah ladang di pulau-pulau di Jepun.
Namun, Jepun terus menuntut Kepulauan Kuril namun yang mana berada di bawah taklukan Kesatuan Soviet, dan Rusia, selepas perang.
Dan kerana perselisihan itu, sehingga ke hari ini Rusia dan Jepun masih tidak pernah menandatangani perjanjian damai rasmi yang mengakhiri perang dunia kedua di antara mereka.
Walaupun berhadapan dengan semua masalah di atas, Jepun pada hari ini berjaya mengatasi segala halangan dengan memperdagangkan sumbernya, dan bukan lagi dengan cara penaklukan.
Sejak itu, Japan mengkhususkan diri dalam peralatan elektronik industri, peralatan perindustrian dan robotik, lalu menggunakan kepakaran khusus ini untuk mendapatkan bahan mentah serta bahan makanan yang mereka sangat perlukan.
Hari ini, 84% daripada tenaga dan 50% daripada daging di Jepun diimport dari negara luar.
Jepun juga merupakan pengimport gas asli ke-3 terbesar di pengimport arang batu ke-2 terbesar di dunia, pengimport pertanian ke-2 terbesar di dunia dan pengimport minyak ke-3 terbesar di dunia.
Sangat jelas bahawa negara ini masih bergelut dengan masalah geografi, namun mereka berjaya menguruskannya dengan cara yang berlainan.
Rujukan:
2. AFE
3. Real Life
4. Britannica