Oleh pada 09 Jul 2018 kategori

Konfederasi, apabila digunakan dalam atau merujuk kepada Amerika Utara, secara amnya bermaksud Negeri-Negeri Gabungan Amerika (Confederate States of America).

Ia juga dikenali sebagai Konfederasi Selatan dan merujuk kepada 11 buah negeri yang menarik balik perjanjian mereka dengan negeri-negeri lain dalam Amerika Syarikat pada tahun 1860 hingga 1861 dan cuba untuk menubuhkan negara baru di mana kuasa pihak kerajaan pusat menjadi sangat terhad dan institusi perhambaan akan dilindungi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

peta negara konfederasi amerika

Dengan kata mudah, Konfederasi adalah sebuah negara serpihan Amerika Syarikat di bahagian selatan.

Pemisahan daripada Ameriks Syarikat (Kesatuan) sedia ada membawa kepada Perang Saudara Amerika, perjuangan berdarah selama 4 tahun yang melihatkan bahagian Selatan negara hancur musnah dan mengakhiri harapan mereka untuk mewujudkan persekutuan baru negeri-negeri di benua Amerika Utara.

Perbezaan di antara Utara dan Selatan Amerika Syarikat

konfederasi negara yang terbentuk akibat perpecahan negeri negeri amerika syarikat

Selama sekurang-kurangnya 3 dekad sebelum berlakunya perepecahan ini, kawasan utara dan selatan Amerika Syarikat mula merenggang.

Bahagian utara menjadi semakin pesar dalam perindustrian dan mempunyai sumber tenaga buruh yang murah dalam kawanan imigran Eropah, terutamanya orang Ireland dan Jerman yang datang dalam jumlah yang besar semasa tragedi kebuluran di negara-negara ini.

Utara lebih mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang membayar semua atau sebahagian daripada kos penambahbaikan dalaman seperti terusan, landasan kereta api dan rumah api.

konfederasi negara yang terbentuk akibat perpecahan negeri negeri amerika syarikat 2

Selatan pula kekal sebagai pusat pertanian dan ladang yang besar, atau perladangan, yang sangat bergantung kepada pekerja buruh.

Ia menentang penggunaan wang persekutuaan yang dibelanjakan untuk penambahbaikan dalaman kerana pada masa itu cukai adalah sumber pendapatan utama kerajaan persekutuan.

Cukai yang tinggi melindungi barangan perindustrian di Utara, manakala kapas dan tembakau di Selatan tidak, di mana cukai hanya menaikkan harga produk import yang menjadi kebergantungan orang Selatan.

perhambaan orang kulit hitam di selatan amerika syarikat

Negeri-negeri di Selatan yang dipenuhi hamba-hamba menjadi rapat di antara satu sama lain, dan renggang dengan negeri-negeri Utara.

Mereka bimbang jika perhambaan tidak dibenarkan untuk dikembangkan ke wilayah baru yang diperoleh oleh Kesatuan, negeri-negeri Selatan dan kepentingan mereka akan kehilangan kuasa politik di ibu negara.

Sebuah parti baru, Parti Republikan, mempunyai matlamat untuk menghalang penyebaran perhambaan secara meluas dan menyeluruh.

Ramai ahli Republikan merupakan pengganas radikal yang berharap dapat menamatkan perhambaan di semua kawasan di negara itu.

Pemilihan Republikan untuk menjadikan Abraham Lincoln sebagai Presiden dan kejayaan partinya pada pilihan raya 1860 menjadi pemangkin yang membawa kepada tindakan oleh negeri-negeri Selatan untuk melakukan apa yang mereka mahukan selama ini, iaitu meninggalkan Kesatuan ini.

Pembentukan Konfederasi

south carolina negeri pertama meninggalkan kesatuan amerika syarikat untuk membentuk konfederasi

Pada 20 Disember 1860, South Carolina adalah negeri yang pertama menarik diri, diikuti dengan Mississippi, Florida, Alabama, Georgia, Louisiana dan Texas.

Pada 8 Februari 1861, wakil-wakil dari negeri-neger ini mengumumkan pembentukan Negeri-Negeri Gabungan Amerika (Konfederasi), dan Montgomery, Alamaba sebagai ibu negaranya.

jefferson davis dilantik menjadi presiden konfederasi amerika

Jefferson Davis dari Mississippi, yang merupakan seorang wira Perang Mexico dan bekas setiausaha perang telah dipilih menjadi presiden. Alexander Stephens dari Georgia yang pernah berkhidmat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pula dilantik menjadi naib presiden.

Perang Saudara Amerika 1861-1865

perang saudara amerika di antara kerajaan kesatuan dan kerajaan konfederasi

Pada April 1861, berikutan perbalahan diplomatik mengenai janji Abraham Lincoln untuk mendapatkan bekalan untuk tentera Kesatuan di Fort Sumter, tentera Konfederasi telah melepaskan tembakan pada kubu tersebut dan tentera Kesatuan menyerah diri, yang mencetuskan Perang Saudara.

Permulaan peperangan itu membawa kepada penarikan 4 "negeri perhambaan" iaitu Arkansas, Tennessee, North Carolina dan Virgnia, kecuali 48 buah wilayah selatan Virginia yang berpecah dan menubuhkan negeri baru iaitu West Virginia.

pertempuran bull run ketika berlangsungnya perang saudara amerika

4 negeri tersebut kemudiannya menyertai Konfederasi. Setelah Virginia menyertai Konfederasi, kerajaan negara ini telah dipindahkan ke bandar Richmond pada Mei 1861.

Bandar ini ditempatkan lebih 1,000 anggota kerajaan, 7,000 penjawat awam dan sejumlah askar Konferderasi yang ganas, yang tak sabar untuk berperang.

Pertempuran Bull Run Pertama berlaku pada 16 Julai 1861 yang memihak kepada Konfederasi.

Perlembagan Konfederasi

perlembangan konfederasi amerika utara

Perlembagaan Konfederasi yang digunapakai pada 11 Mac 1861 adalah berdasarkan kepada perlembagaan Amerika Syarikat.

Malah, ia hampir sama dalam kebanyakan hal dan kerap mengunakan kata kerja bahawa yang sama, tetapi termasuk ketentuan yang secara khas ditujukan kepada beberapa isu yang telah membawaa kepada perpecahan Utara-Selatan.

Di antara perbezaan-perbezaan itu adalah, presiden akan berkhidmat selama 6 tahun, bukannya 4 tahun dengan kemungkinan untuk menggantikan dirinya sendiri.

Ia juga mempunyai kuasa veto line-item, yang mana membenarkannya untuk membatalkan sebahagian daripada rang undang-undang yang diluluskan oleh Kongres, dan meluluskan rang undang-undang yang lain.

Ahli-ahli kabinet dijadikan ahli Kongres yang tidak berhak mengundi dalam Kongres.

Hak-hak negeri Konfederasi

kongres konfederasi amerika

Bagi melindungi hak-hak negeri-negeri individu lebih daripada keutamaan kerajaan pusat, kerajaan Konfederasi tidak boleh mengenakakan cukai perlindungan, cukai langsung dan kepala, serta cukai eksport adalah terhad.

Keupayaan untuk membuat penambahbaikan dalaman adalah terhad kepada perkara-perkara berkaitan dengan pelabuhan, rumah api dan mengorek sungai. Kerajaan Konfederasi juga tidak boleh mengatasi keputusan mahkamah negeri.

bendera negara konfederasi amerika

Tiada kata sepakat pernah dicapai mengenai penubuhan Mahkamah Agung atau bentuk apa yang akan diambil, jadi tiada satu pun yang ditubuhkan.

Negeri-negeri dibenarkan untuk mengekalkan pasukan tentera masing-masing dan diberikan keupayaan untuk meminda perlembagaan negara.

Undang-undang perhambaan dalam Perlembagaan Konfederasi

perhambaan dalam konfederasi amerika

Perkara IX, Seksyen 4 melarang mana-mana undang-undang untuk "menafikan atau merosakkan hak harta hamba negro".

Seksyen 1 dan 2 melarang "pengimportan negro dari bangsa Afrika daripada mana-mana negera asing selain daripada negara-negara atau wilayah Pemegang Hamba Amerika", dan memberikan kuasa Kongres untuk melarang "pengenalan hamba dari mana-mana negeri yang bukan ahli, atau wilayah bukan kepunyaan Konfederasi".

perhambaan dalam konfederasi amerika 2 293

Perkara IV menjamin hak perjalanan rakyat dengan hamba mereka dan harta lain tanpa risiko hak pemilikan terjejas. Tiada hamba atau orang lain yang sedang berkhidmat boleh bebas sebagai balasan melarikan diri ke negara lain.

Mana-mana wilayah baru dikehendaki mengiktiraf perhambaan "kerana ia kini menjadi Negeri Konfederasi". Ramai orang Selatan diharapkan untuk menakluk dan menjajah Cuba dan negeri-negeri lain di Caribbean dan Amerika Tengah.

Kesan daripada perlembagaan Konfederasi

pejabat kerajaan konfederasi yang pertama di montgomery alabama

Dengan mengehadkan kuasa kerajaan pusat (kerajaan Kesatuan), pengasas Konfederasi Jefferson Davis juga membataskan keupayannya untuk berperang.

Negeri-negeri Konfederasi boleh menolak penggunaan pasukan tentera mereka oleh kerajaan Konfederasi dan kadang-kala negeri-negeri-negeri ini menolak permintaan kerajaan jika mereka memerlukan tentera mereka di negeri sendiri.

aksar askar konfederasi

Perlembagaan juga sangat menyekat keupayaan kerajaan untuk menambahkan pendapatan, satu situasi yang lebih kritikal disebabkan oleh perbelanjaan Perang Saudara.

Bukan itu sahaja, inflasi yang melonjak membawa kepada "rusuhan roti" di banyak kawasan, termasuklah ibu negara, Richmond.

rusuhan roti yang berlaku ketika perang saudara amerka

"Rusuhan roti" adalah insiden kekacauan awam ketika Perang Saudara berlaku, yang dilakukan terutamanya oleh wanita pada Mac dan April 1863. Ketika rusuhan ini, lelaki dan wanita dengan ganasnya menceroboh dan merampas barangan di kedai-kedai bakeri.

Pembubaran Konfederasi

pembubaran konfederasi akibat kekalahan perang saudara

Pada 2 April 1865, ibu negara Konfederasi jatuh ke tangan tentera Amerika Syarikat. Presiden Jefferson Davis dan ahli kabinetnya melarikan diri bersama-sama harta kerajaan, berharap untuk menubuhkan semula kerajaan barat Mississippi.

Namun 5 minggu kemudian pada 10 Mei 1865, sehari selepas kekalahan Konfederasi dalam Perang Saudara, dia ditangkap di Irwinville, Georgia. Konfederasi ini hanya bertahan kurang daripada 4 tahun.

monumen jefferson davis di richmond

Jefferson Davis meninggal dunia pada 6 Disember 1889.

Persoalannya, adakah negara ini akan berjaya jika memenangi perang tersebut atau jika perang tidak meletus?

Tiada siapa yang tahu. Namun, ketika Konfederasi masih wujud, beberapa buah negeri telah mengancam untuk menarik diri kerana ketidakpuasan hati dengan pentadbiran Jefferson Davis.

Jika Konfederasi tidak terbubar, mungkin Amerika Syarikat kini tidak mampu menjadi negara paling berkuasa di dunia.

Wallahualam.

Rujukan:

  1. History
  2. New World Encyclopedia
  3. Britannica
  4. Historynet



Hakcipta iluminasi.com (2017)