healthy breakfast dt53

Sangat menjadi kebiasaan bagi kita, rakyat Malaysia terutamanya, mengabaikan pengambilan sarapan. Ini adalah satu kesilapan yang sangat besar. Jawapan yang diberikan adalah tidak mempunyai masa kerana sibuk, lewat ke tempat kerja, dan juga traffic jam. Ia sebenarnya ia adalah satu alasan yang tidak lagi munasabah. Sebab kenapa kita selalu tidak bersarapan adalah kita tidak tahu betapa pentingnya sarapan kepada badan dan otak kita, seterusnya mempengaruhi aktiviti dan emosi kita sepanjang hari. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cuba bayangkan, berbaloi atau tidak jika anda dapat menggunakan hanya 5-10 minit masa untuk bersarapan,  mampu memberikan impak yang besar pada hari anda dengan menjadi lebih produktif dan sihat sepanjang hari. 

Ini adalah di antara sebab mengapa sarapan adalah hidangan yang paling penting dalam sehari.

"Tanpa sarapan pagi, anda seolah-olah keluar tanpa tenaga, sama seperti cuba untuk menghidupkan kereta yang tak ada minyak"

Pakar pemakanan menasihatkan :

  • sarapan perlu dimakan dalam dua jam selepas anda bangun dari tidur.
  • sarapan yang sihat sepatutnya membekalkan kalori sebanyak 20-35% daripada jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari.

Sarapan dan berat badan anda

weight lost

Bolehkah sarapan memeberikan impak kepada saiz pinggang anda? Beberapa kajian mengatakan ya. Sarapan menggerakkan metabolisme anda, membantu anda membakar kalori sepanjang hari.

Kajian menunjukkan, secara purata, orang yang makan sarapan pagi lebih kurus berbanding mereka yang tidak. Ia berkemungkinan kerana makan makanan yang mempunyai protein dan serat di pagi hari membuatkan anda kurang lapar sepanjang hari. Jika anda tak bersarapan, anda akan lebih cenderung untuk mendapatkan makanan ringan atau jajan yang tinggi gula pada pertengahan pagi.

Jika anda berdiet, jangan ingat mengurangkan pengambilan kalori dengan tidak bersarapan akan membantu anda. Kajian menunjukkan ramai yang berjaya menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal, makan sarapan setiap hari.

Fungsi kognitif

brain

Sarapan juga mengembalikan tahap glukosa, sejenis karbohidrat penting yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi. Ia memberikan tenaga kepada otak kita untuk melakukan kerja-kerja asas seperti berfikir, mengingati dan sebagainya. Banyak kajian menunjukkan bagaimana dengan makan sarapan dapat meningkatkan ingatan dan tahap penumpuan dan ia juga membuatkan kita gembira kerana ia boleh menambahbaikkan emosi dan menurunkan tahap tekanan. 

Seperti organ-organ yang lain di dalam badan kita, otak kita juga memerlukan tenaga untuk berkerja di tahap terbaik!

Mengapa sarapan penting untuk kanak-kanak?

breakfast

Kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu makan pada waktu pagi, tetapi ia amat penting untuk memastikan mereka makan. Badan mereka yang sedang membesar memerlukan nutrien dan tenaga. Kanak-kanak yang tidak bersarapan  sukar memberi tumpuan, dan mereka menjadi lebih letih di sekolah. Mereka juga boleh menjadi goyah atau resah. Dan ia bukan sahaja akan menjejaskan mood mereka, malah akan menjejaskan pembelajaran mereka. 

Satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang bersarapan mempunyai skor ujian lebih tinggi daripada mereka yang tidak. Kebanyakan kanak-kanak tidak mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan daripada hanya makan tengah hari dan makan malam. Jika anak anda tidak mahu makan pada waktu pagi di rumah, cuba bungkus sesuatu supaya mereka boleh makan dalam perjalanan ke sekolah atau di antara kelas. Pilih seperti buah, kacang atau sapukan peanut butter pada roti sudah memadai.

Keperluan tenaga

wokring

Keperluan tenaga berbeza bergantung kepada tahap aktiviti seseorang dan peringkat hidup, tetapi biasanya lelaki memerlukan lebih tenaga berbanding wanita. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan banyak tenaga, sebagai contoh kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 10 sepatutnya makan dengan jumlah kalori lebih kurang 1940 kalori setiap hari, dan kanak-kanak perempuan berumur 7 hingga 10 tahun perlu makan dengan jumlah kalori lebih kurang 1740 kalori sehari. 

Bagi orang dewasa, lelaki memerlukan lebih kurang 2500 kalori dan wanita memerlukan 2000 kalori, sehari. Jadi dengan bersarapan, ia membantu anda mencukupkan pengambilan kalori, yang biasanya kurang, kerana tidak bersarapan.

Kesihatan jangka masa panjang

happy couple

"Bersarapan setiap pagi mempunyai manfaat kesihatan jangka masa panjang. Ia Dapat mengurangkan obesiti, merendahkan tekanan darah tinggi, mengelakkan dari penyakit jantung dan kencing manis."

- National Health Service

Waktu sarapan adalah satu masa untuk kita makan bersama keluarga, jika berkesempatan. Dengan mewujudkan tabiat bersarapan dari kecil dan mengekalkannya ketika remaja boleh menjadi satu faktor penting dalam mengurangkan kelaziman tidak bersarapan dan membina tabiat yang baik yang boleh bertahan seumur hidup.

Jadi, mari kita cuba bersarapan setiap pagi, dan menjadikan sarapan waktu makan yang paling penting dalam sehari.




Hakcipta iluminasi.com (2017)