fakta menarik tentang stephen hawking

Sumber Foto: civicegypt.org

Siapa tidak kenal ahli fizik berkerusi roda ini. Walaupun anda tidak mengikuti perkembangan baharu dalam bidang fizik, anda pasti kenal beliau. Beliau ibarat selebriti dalam dunia akademik.

Selain akademik, beliau boleh digelar sebagai selebriti Holywood kerana pernah muncul dalam beberapa rancangan televisyen, antaranya termasuklah The Big Bang Theory.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Artikel kali ini adalah berkenaan fakta menarik tentang seorang saintis bernama Stephen Hawking. 

1. Diberitahu Mempunyai Beberapa Tahun Untuk Hidup Ketika Berusia 21 Tahun

stephen hawking bersama isteri beliau jane

Sumber Foto: westhertsdrivetime.radioverulam.com

Stephen mula menunjukkan simptom lemah gemalai ketika di universiti. Sekembalinya ke rumah ketika cuti Krismas, keluarga beliau sedar akan perubahan Stephen dan mendesak beliau untuk bertemu doktor. 

Tidak lama selepas menyambut hari kelahiran ke-21, beliau bertemu dengan doktor dan menjalani ujian selama 2 minggu bagi mengesan apa penyakit yang dihidapi beliau. Stephen diberitahu bahawa beliau menghidapi amyotrophic lateral sclerosis (ALS), atau nama lainnya penyakit Lou Gehrig. 

ALS adalah sejenis penyakit saraf yang mana pesakitnya akan kehilangan kebolehan mengawal otot (yang boleh dikawal). Beliau turut diberitahu oleh doktor bahawa beliau tidak akan hidup lama, mungkin beberapa tahun sahaja lagi. 

Beliau terkejut dan mempersoalkan mengapa perkara tersebut terjadi kepada beliau. Namun, melihat seorang kanak-kanak yang sedak nazak akibat leukemia ketika di hospital, beliau sedar ada yang lebih teruk diuji berbanding beliau. 

2. Merupakan Penulis Buku Kanak-Kanak

stephen hawking dan lucy hawking menulis buku kanak kanak

Sumber Foto: telegraph.co.uk

Antara perkara menarik yang paling tidak disangka tentang Stephen Hawking adalah kerjaya beliau sebagai penulis buku kanak-kanak.

Pada tahun 2007, beliau telah bekerjasama dengan anak perempuan beliau iaitu Lucy Hawking untuk menulis sebuah buku berjudul 'George's Secret Key to the Universe'. 

Buku berkenaan berkisar tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama George yang memberontak terhadap keluarga kerana kebencian ibu bapanya terhadap teknologi. Dia mula berkawan dengan jirannya yang merupakan seorang ahli fizik berkomputer. 

Komputer tersebut merupakan komputer paling berkuasa di dunia, yang boleh menhubungkan mereka dengan ruang angkasa melalui portal. 

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk menerangkan konsep saintifik yang berat seperti black holes dan permulaan kehidupan di dunia, kepada kanak-kanak. 

3. Mendapat Keputusan Akademik Yang Teruk Ketika di Sekolah

stephen hawking ketika kanak kanak 9 tahun

Sumber Foto: madan.org.il

Ketika berumur 9 tahun, gred keputusan peperiksaan beliau adalah antara yang paling teruk dalam kelas. Dengan sedikit usaha, gred beliau semakin baik, namun bukan yang terbaik. 

Walaupun keputusan teruk, guru-guru dan rakan-rakan beliau percaya bahawa beliau seorang yang genius, dan beliau mendapat gelaran 'Einstein' ketika di sekolah. Mungkin aura beliau yang membuatkan ramai sedar akan kebijaksaan yang dimiliki. 

Bapa beliau mahu beliau melanjutkan pelajaran ke Oxford University, namun mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan, dan beliau perlu bersungguh dalam pelajaran untuk mendapatkan biasiswa ke sana.

Akhirnya, ketika peperiksaan bagi mendapatkan biasiswa, beliau berjaya mendapat markah penuh bagi subjek fizik. 

4. Kalah Dalam Pertaruhan Tentang Black Holes

black holes ata lubang hitam stephen hawking

Sumber Foto: dailymail.co.uk

Pada tahun 1975, Stephen mencadangkan bahawa black holes sebenarnya bukanlah hitam, malah ia mengeluarkan tenaga. Dalam masa yang sama, beliau berkata 'informasi' akan turut diserap ke dalam black holes dan kemudiannya tersejat. 

Seorang ahli teoretikal fizik bernama John Preskill tidak bersetuju dengan kenyataan Stephen. Pada tahun 1997, mereka membuat pertaruhan tentang perkara tersebut. Pada tahun 2004, Stephen mengaku bahawa beliau salah tentang kenyataan beliau pada 1997. 

Menariknya tentang Stephen, walaupun seorang yang genius, beliau mudah untuk mengaku akan kesalahan beliau.

5. Benci Akan Subjek Biologi

stephen hawking benci subjek biologi

Sumber Foto: study.com

Stephen Hawking mempunyai kecenderungan terhadap subjek matematik dari awal usia lagi, dan berharap dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Namun, bapa beliau mempunyai harapan untuk beliau menjadi seorang doktor. 

Dalam semua subjek sains, subjek paling tidak disukai beliau adalah subjek biologi. Bagi beliau, subjek tersebut 'tidak tepat dan terlalu deskriptif'. Stephen lebih suka untuk menggunakan minda beliau terhadap sesuatu yang lebih tepat, dengan konsep yang lebih jelas. 

6. Sebahagian Daripada Pasukan Mendayung Ketika di Oxford University

stephen hawking sebahagian daripada rowing team pasukan mendayung oxford

Sumber Foto: trendingposts.net

Ketika tahun pertama di University of Oxford, beliau berasa sunyi dan tidak gembira. Satu-satunya perkara yang membuatkan beliau lupa sebentar akan perasaan tersebut adalah menjadi sebahagian daripada pasukan mendayung di Oxford. 

Sebelum dikesan dengan penyakit yang bakal menyebabkan kehilangan kebolehan fizikal, Stephen tidak mempunyai kekuatan fizikal dan bina badan seperti ahli sukan.

Namun, pasukan mendayung mengambil ahli yang kecil seperti beliau untuk peranan sebagai 'coxswains'.  Peranan beliau bukanlah sebagai pendayung, namun lebih kepada mengawal steering dan kadar kelajuan dayungan. 

Pasukan mendayung sangat penting di Oxford, dan sangat susah untuk menyertainya. Menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut, dengan peranan yang dimainkan, beliau menjadi sangat terkenal di Oxford. 

7. Membantu Mencipta 'Boundless Universe Theory'

teori stephen hawking boundless universe theory alam semesta yang tiada sempadan

Sumber Foto: factinate.com

Pada tahun 1983, Stephen bersama seorang lagi saintis Jim Hartle berjaya mencipta teori tentang alam semesta yang sentiasa berkembang bersama masa. 

Pada tahun tersebut, mereka menggabungkan konsep kuantum mekanik dengan general relativity (teori Einstein berkenaan graviti dan bagaimana masa membengkokkan ruang) bagi menunjukkan bahawa alam semesta adalah sebuah identiti terkawal dan tidak mempunyai sempadan. 

8. Menerima Pelbagai Anugerah Kecemerlangan

anugerah diterima stephen hawking

Sumber Foto: theatlantic.com

Sepanjang karier dalam bidang fizik, Stephen Hawking telah menerima pelbagai anugerah atas pencapaian beliau. 

Pada tahun 1974, beliau telah dilantik menjadi sebahagian daripada Royal Society di UK, dan setahun kemudian, Pope Paul VI menganugerahkan beliau Medal for Science. Beliau turut menerima Albert Einstein Award dan Hughes Medal daripada Royal Society. 

Pencapain beliau turut menarik perhatian dunia akademik, dan pada tahun 1979 beliau berjaya mendapat jawatan Lucasian Professor of Mathematics di University of Cambridge.

Jawatan tersebut disandang beliau selama lebih 30 tahun sehingga kini. Jawatan yang sama pernah dipegang oleh Sir Isaac Newton.

Terdapat banyak lagi anugerah yang diterima beliau dari peringkat negara dan antarabangsa, namun beliau masih belum berjaya mendapatkan anugerah Nobel Prize.

Nobel Prize merupakan anugerah yang dianggap terbaik bagi beberapa kategori, sains adalah salah satu daripadanya. 

9. Percaya Tentang Kemungkinan Kewujudan Aliens

stephen hawking percaya aliens mungkin wujud

Sumber Foto: express.co.uk

Bagi Stephen, memandangkan alam semesta begitu luas, kemungkinan besar wujudnya kehidupan alien yang hidup secara primitif di luar sana, dan kemungkinan juga wujudnya alien yang bijak pandai. 

Menurut beliau lagi, manusia perlu berhati-hati dengan aliens, kerana terdedahnya kita kepada makhluk ini boleh menyebabkan komplikasi kesihatan. Manusia mungkin tidak mempunyai kekuatan terhadap penyakit yang boleh dijangkiti daripada aliens.  

Rujukan:

  1. biography.com
  2. science.howstuffworks.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)