Oleh pada 19 May 2017 kategori

Kredit foto: ohdunia.my

Masih lagi mengenai kejadian yang berlaku semasa 'Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni' baru-baru ini, semakin ramai para penggiat seni mula memberikan pandangan mereka mengenai isu tersebut yang menjadi tular di media sosial.

Malah, para netizen turut tidak ketinggalan memberikan pendapat mereka masing-masing tentang punca pelawak Mat Over menampar muka David Teo walaupun hakikatnya mereka tiada di tempat kejadian.

Mungkin disebabkan itulah pelakon Azhar Sulaiman menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini telah tampil mendedahkan perkara sebenar yang berlaku ketika majlis sesi dialog tersebut sedang berlangsung.

Salam Semua....


Mami was there dan berlaku depan mata.


1-Ini Majlis RASMI di Rumah Perdana Menteri Yang Ketat Kawalan Keselamatan dan Protokolnya.


2-Penggiat Seni Dijemput Kerumah PM Malaysia.


3-Semua berjalan lancar dan Harmoni hinggalah David Teo tiba tiba bangun bersuara tanpa Mic.


4-Tiba tiba suasana bertukar menjadi tegang bilamana David yang bangun tadi telah mula berjalan kedepan kearah main stage dalam keadaan agresif.


5-David komplen kenapa tak bagi peluang kepada hadirin disebelah tempat duduk beliau yang terdiri dari Dato Yusuf kat belakang dia dan orang2 "besar" yang lain.


6-Rosyam asked him to be cool and step back....tapi David tetap agressif dan berjalan kedepan kearah PM (3meter jarak)


7-Semua dalam dewan rasa tak best sebab ini majlis dengan PM so kecoh kecoh macam ni sangat memalukan Penggiat Seni yang lain.


8-David tidak menghormati Majlis dan Perdana Menteri.


9-Ini bukan sesi dialog dengan Pengarah FINAS atau Dengan Menteri.


10-David di"sepuk" oleh abang Mat Ober bukan sebab SOALAN Beliau tapi sebab sikap Agresif David yang tak mahu mengalah dan tetap degil nak mic untuk bercakap.


11-Tiba tiba Mat Ober melulu dari tempat duduk belakang dan Panggggg!!!!


12-Security leraikan dan tarik dua dua keluar dewan.


13-Diakhir program Mat Ober dan David muncul dan bersalam dengan PM tanda PEACE.


14-Sepatutnya esok cerita pasal positive outcome from this event now jadi cerita panas yang sungguh uncall for.


14-There's always time for everything......


Nota tambahan : David Teo bangun sebab hos Rosyam minta dengar dari seorang kaum Cina (sebab sebelum tu semua yang bercakap Melayu). David didnt saja jump up and start talking for no reason.

Sumber: Facebook Azhar Sulaiman

Untuk info, Azhar Sulaiman merupakan pelakon lama yang pernah popular dan bergiat aktif pada tahun 90an menerusi filem-filemnya seperti Abang 92, Bisikan Cinta, Sayang Salmah dan Jimi Asmara.

Sumber: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)