Oleh pada 15 Jul 2017 kategori

Semua orang pastinya pernah makan telur ayam. Telur ayam boleh dikatakan telur yang paling popular di negara kita ini. Telur lain seperti telur itik, telur angsa, ataupun telur puyuh juga mudah didapati tetapi mungkin kurang digemari.

Semua orang kenal rupa telur ayam. Ada bahagian putih, dan ada bahagian kuningnya. Yang paling menjadi persoalan sekarang, bahagian manakah yang akan bertukar menjadi anak ayam?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di bahagian kuning telur, kadangkala kita akan terjumpa satu titik yang berwarna sedikit cerah pada permukaan kuning telur. Bahagian kecil ini dinamakan blastoderm. Blastoderm ini akan berkembang sedikit demi sedikit, membentuk organ-organ dan membesar menjadi anak ayam.

Kuning telur yang kita makan adalah sumber tenaga kepada blastoderm tadi untuk membesar menjadi anak ayam yang cukup sifat.

blastoderm pada telur 289

Jelas sekali, kuning telur tadi bukanlah bahagian yang akan bertukar menjadi anak ayam. Ia hanyalah sumber nutrien kepada janin anak ayam.

janin anak ayam

Bayi manusia membesar di dalam rahim ibunya dan mendapat nutrien dari ibunya melalui tali pusat dan uri. Disebabkan anak ayam berkembang di dalam telur, simpanan nutrien tadi adalah makanannya sebelum menetas sebagai seekor anak ayam.

Bagaimana pula dengan putih telur?

struktur telur 566

Salah satu fungsi putih telur atau albumen adalah sebagai lapisan perlindungan kepada blastoderm yang sedang berkembang menjadi anak ayam. Ianya berfungsi untuk menyerap hentakan atau gegaran yang hadir di sekeliling telur.

Fungsinya putih telur boleh dikatakan sama seperti bendalir amniotik atau air ketuban di dalam rahim wanita yang sedang mengandung.

Telur yang didapati di pasaran sekarang ini boleh dikatakan semuanya berasal dari ladang ternakan ayam telur. Telur-telur ini tidak disenyawakan, iaitu tiada interaksi seksual antara ayam jantan dan ayam betina, maka ianya tidak akan membentuk anak ayam dan menetas sama sekali.

fertile infertile

Ya. Mungkin ianya pelik bagi sesetengah orang. Tetapi ianya benar. Ayam tetap akan bertelur walaupun tidak berlaku persenyawaan.

Sama juga seperti seorang wanita, apabila sampai waktu ovulasi, sebiji telur akan dilepaskan oleh ovari ke tiub Fallopio di dalam rahim mereka. Sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma, telur ini akan keluar bersama lapisan dinding rahim dalam bentuk darah haid.

Jadi, adakah telur yang kita makan ini sebenarnya period ayam?

Rujukan: PETA, Exploratorium, Wikipedia,




Hakcipta iluminasi.com (2017)