Banyak konspirasi berkait dengan dari mana datangnya virus Covid-19 terus diperkatakan walaupun dunia sedang bergelut dengan wabak yang melanda. Di tengah-tengah kekalutan ini, usaha seorang doktor wanita bernama Shi Zhengli terus ditagih kerana pengalaman dan kepakarannya sebagai seorang pakar virus.

Dr. Shi adalah ketua kumpulan penyelidik yang menemui bukti bahawa wabak SARS yang pernah menggemparkan dunia pada tahun 2003 - berpunca daripada virus yang datang dari haiwan kelawar. Dalam serangan Covid-19, beliau sekali lagi kembali mengepalai kumpulan 12 orang penyelidik ditugaskan untuk mengenalpasti punca virus '2019-nCoV' pada mulanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Laporan kajian beliau yang berjaya menunjukkan hubungan di antara virus asal SARS-CoV-1, virus baru '2019-nCoV' serta haiwan kelawar mengubah perspektif masyarakat dunia; memberikan kita nama baru virus itu yang kini dikenali sebagai 'SARS-CoV-2' seterusnya memperkenalkan kepada kita dengan musuh yang tidak pernah kita ketemu lagi sebelum ini.

Walaupun demikian - Dr. Shi juga adalah individu yang dikatakan dalang utama berlakunya penyebaran wabak Covid-19. Ini kisah disebaliknya.

'Perempuan kelawar' China

inilah doktor profesor yang dianggap pencipta covid 19

Pada 30 Disember 2019, Dr. Shi dihubungi oleh pegawai atasannya berikutan dua sampel virus corona yang sedang melanda Wuhan, sudah tiba di Wuhan Center for Disease Control and Prevention (Wuhan CDC). Dua sampel itu diambil daripada dua pesakit yang sedang melawan pneumonia di hospital dan pada waktu itu, wabak masih perlahan pergerakannya.

Dr. Shi terpaksa menamatkan persidangan yang sedang dihadiri di Shanghai, kembali ke Wuhan. Berdasarkan pengalamannya memburu virus, kemungkinan untuk Wuhan menjadi pusat penyebaran wabak amat rendah.

Itu yang menimbulkan kebimbangan besar pada beliau - adakah virus yang sedang melanda Wuhan datang dari pusat di mana dia bekerja?

Dr. Shi seorang pakar virus, berpengalaman memburu virus sejak menyertai kumpulan penyelidik pada tahun 2004 di beberapa jalinan gua batu kapur di Nanning. Ketik itu pasukan itu dalam usaha mencari kelawar yang dijangkiti bagi mengkaji wabak SARS yang berlaku setahun sebelumnya.

Apa yang penyelidik tahu tentang virus corona sebelum itu amat berbeza dengan apa yang mereka lalui semasa wabak SARS. Itu adalah kali pertama virus jenis corona mampu mengakibatkan wabak yang menyumbang kepada kematian dalam skala besar.

Malangnya, pencarian mereka dalam lebih 30 buah gua dengan bantuan penduduk setempat tidak membawa kepada hasil yang diinginkan.

Kenapa Dr. Shi dan pasukannya memburu kelawar? Ini berdasarkan petunjuka daripada dua wabak lebih kecil yang berlaku sebelum itu, iaitu wabak Hendra di Australia pada tahun 1994 dan wabak Nipah di negara kita pada tahun 1998.

Keduanya-duanya mempunyai satu persamaan - punca wabak dikatakan berasal daripada haiwan kelawar.

Kesabaran tinggi menjerat kelawar

shi zheng li tangkap kelawar

Apa yang kita perlu tahu, agak sukar mendapatkan sampel kelawar kerana sifatnya yang nokturnal. Setiap kali berjumpa gua yang dipercayai ada kelawar, pasukan Dr. Shi perlu memasang jaring dan menunggu waktu kelawar keluar mencari makan di malam hari. Mana-mana kelawar yang terperangkap, sampel darah dan air liurnya diambil termasuklah sampel pada bahagian dubur haiwan itu. Keesokannya bila hari dah terang, sampel air kencing dan najis dikutip.

Selama 8 bulan proses itu diulangi tanpa menemui sebarang petunjuk kewujudan virus corona penyebab SARS pada kelawar. Merasakan usaha mereka sia-sia, satu pasukan penyelidik berlainan memberikan pasukan yang disertai Dr. Shi satu idea yang tidak pernah mereka fikirkan akan berjaya - mereka perlu menguji kewujudan antibodi melawan SARS dalam badan kelawar yang ditangkap.

Ini sama sekali berbeza dengan apa yang sedang mereka lakukan, iaitu mencari sampel virus.

Hasil ujian ke atas tiga sampel kelawar yang telah diperolehi menampakkan hasil yang dicari-cari; sampel darah itu menunjukkan ketiadaan virus adalah disebabkan oleh sistem imuniti kelawar telah pun berjaya melawan jangkitan, dibuktikan oleh kewujudan antibodi dalam darah kelawar.

Dengan petunjuk baru itu, pasukan Dr. Shi kembali menguji semula semua sampel yang telah diperolehi bagi mencari kewujudan antibodi. Di sinilah detik penting di mana mereka menemui punca utama virus SARS; sebuah gua yang dinamakan Gua Shitou yang terletak di Kunming, wilayah Yunnan.

Kajian ke atas kelawar di situ menjawab misteri mereka selama ini - kelawar-kelawar di Gua Shitou merupakan perumah kepada bermacam jenis virus corona yang wujud dalam badan kelawar.

Termasuklah virus yang sama dengan kumpulan virus SARS.

Komuniti kelawar penyebar virus

gua kelawar di langkawi

Kewujudan kelawar dalam komuniti yang besar akan menyebabkan percampuran di antara patogen-patogen yang dibawa oleh kelawar-kelawar itu, menghasilkan patogen yang gabungannya lebih berbahaya pada manusia.

Kajian turut dijalankan melibatkan penduduk kampung yang tinggal berdekatan Gua Shitou, mendapati seramai 6 orang penduduk kampung kecil itu sudah mempunyai antibodi melawan SARS. Ini menandakan jangkitan pernah berlaku kepada mereka.

Kesemua yang pernah dijangkiti mengakui tidak pernah mengalami simptom sakit atau berinteraksi dengan kelawar. Penemuan tahun 2005 ini menjadi petunjuk penting kepada wabak Covid-19 yang berlaku 14 tahun kemudian.

Dalam perjalanan pulang ke Wuhan pada bulan Disember 2019, Dr. Shi tidak menolak kemungkinan makmal mereka melakukan masa. Tanpa melengahkan masa beliau terus berbincang dengan pasukannya langkah seterusnya seandainya benar berlaku kebocoran virus dari makmal mereka sehingga mengakibatkan wabak berlaku di Wuhan.

Wilayah Yunnan, lokasi di mana Gua Shitou berada - jaraknya adalah 1,800 km dari Wuhan jadi kemungkinan untuk kelawar yang sama hadir di Wuhan amatlah rendah. Tiba di Wuhan, Dr. Shi mengkaji kesemua rekod eksperimen yang telah dijalankan mencari kemungkinan berlaku kecuaian dari pihak mereka, khasnya melibatkan proses pelupusan sisa virus.

Desas-desus mula tersebar mengatakan bahawa kecuaian yang telah berlaku semasa operasi di Wuhan CDC menjadi punca kepada wabak ini. Nama Dr. Shi mula disebut sebagai individu yang perlu bertanggungjawab terhadap kematian yang telah berlaku. Bagaimanapun, semua dakwaan itu tidak diendahkan terlebih dahulu Dr. Shi, kerana ada tugas penting yang perlu dia selesaikan.

Dr. Shi tersenyum lega dalam duka, apabila diberitahu pasukannya petunjuk pertama -  jangkitan yang sedang mengganas di Wuhan berbeza dengan semua sampel virus yang telah mereka perolehi di Yunnan lebih 10 tahun dahulu.

Ini menandakan penularannya di Wuhan berbeza jenis virusnya, yang lebih penting bukan datang dari makmal kendaliannya.

Penamaan SARS-CoV-2 secara rasmi

virus bakteria dari kelawar

Lebih sebulan pasukan penyelidik di Wuhan CDC bertungkus lumus mengenal pasti jalinan virus yang baru ini.

Kesemua ujian yang dijalankan menunjukkan sifat yang sama dengan SARS-CoV; virus ini mempunyai kemampuan menyerang manusia dan menyebabkan jangkitan pneumonia pada pesakit. Sel paru-paru yang dijangkiti dalam piring petri musnah diserang virus.

Bagaimanapun, hanya 96% sifat virus ini serupa dengan SARS-CoV yang diambil daripada kelawar sebelum itu. Kesemua data kajian menunjukkan persamaan simptom yang serupa serta cara penyebaran yang serupa - dipercayai datang daripada pengenalan virus oleh seorang individu yang menerimanya daripada haiwan dipercayai kelawar secara terus, sebelum individu itu mula menjangkitkan orang lain melalui pertukaran virus manusia ke manusia.

Oleh kerana sifatnya hampir serupa, jangkitan SARS-CoV-2 dipercayai telah pun berlaku lebih awal berkemungkinan besar pada bulan November atau awal Disember 2019.

Bagaimanapun, disebabkan oleh kemampuan pesakit untuk sembuh sendiri ketika itu, wabak tidak berlaku dalam skala besar walaupun kes-kes kematian akibat pneumonia sudah mula meningkat.

Kajian tentang penyebab utama wujudnya perbezaan di antara SARS-CoV-1 dan SARS-CoV-2 masih lagi belum kita tahu. Pendapat paling popular menyebut berlakunya mutasi pada virus corona yang dibawa kelawar apabila bergabung dengan virus corona yang dibawa oleh tenggiling, menyebabkan jangkitan awal 2019-nCoV dipercayai datang daripada haiwan tenggiling.

Penyelidikan bagi menjawab soalan ini masih diteruskan. Jika SARS-CoV-1 memerlukan bertahun tempoh untuk ditemui puncanya, tidak menghairankan jika punca SARS-CoV-2 juga akan mengambil sedikit masa.

Situasi mula terkawal

doktor shi zhengli dalang penyebar covid 19

Selepas 7 minggu perintah kurungan pergerakan di laksanakan di Wuhan yang dihuni 11 juta orang penduduk, situasi mula menjadi lebih terkawal.

Rutin harian Dr. Shi hanya merangkumi dua lokasi sahaja; rumah dan makmalnya di Wuhan CDC. Larangan keluar ke tempat lain dijalankan, bagi membantu memperlahankan penyebaran wabak.

Berdasarkan kajian lalu, didapati SARS-CoV-2 mempunyai satu persamaan besar dengan 'abangnya' SARS-CoV-1; virus itu menyerang sel badan manusia menerusi reseptor yang digelarkan ACE2. Petunjuk ini banyak membantu pakar perubatan membolehkan rawatan yang diberikan bergantung kepada ubatan yang mampu menutup reseptor ini buat sementara, agar virus tidak mampu menjangkitinya.

Ramai penyelidik berpendapat perlunya komuniti sains perubatan mula mengambil langkah pencegahan jangka panjang, dibantu untuk memperbesarkan lagi kajian mirip penyelidikan yang telah dilakukan Dr. Shi dan pasukannya semasa mencari punca wabak SARS pada tahun 2005. 

Kajian sebegitu dikatakan perlu dijalankan dalam skala lebih luas sebagai langkah utama pencegahan.

Langkah itu yang kini diseragamkan dibawah label 'One Health', bakal merangkumi pemahaman kita tentang tahap kesihatan haiwan liar, haiwan ternakan dan juga kesihatan manusia - mampu membolehkan kita menangani masalah wabak lebih awal berbanding hanya berupaya melawan jangkitan bila wabak telah berlaku.

Terus difitnah penyebab utama wabak Covid-19

doktor ini dituduh punca tersebarnya covid 19 corona virus

Dianggarkan sebanyak 5,000 jenis virus corona perlu diterokai dalam usaha mewujudkan pengkalan data yang mencukupi bagi memahami kesan dan risiko jangkitan virus daripada kelawar kepada manusia sepenuhnya. Itu baru satu kategori haiwan - belum masuk haiwan-haiwan lain.

Dr. Shi percaya dengan mengenalpasti terlebih dahulu virus-virus ini sebelum ia merebak, kematian akibat wabak dapat dibanteras.

Namun Dr. Shi turut mengakui dia tidak lagi sanggup meredah hutan menerokai gua mencari kelawar. Menurutnya, dia mahu 'bersara' memburu kelawar, cukuplah dia berkhidmat menguji sampel yang telah diambil dalam makmal di mana dia bekerja.

Itulah sumbangan terbesar beliau kepada dunia setakat ini, tetapi tetap tidak menghalang dia difitnah kaki-kaki teori konspirasi. Artikel-artikel tidak diketahui siapa penulisnya terus menyalahkan Dr. Shi sebagai penyebab utama wabak Covid-19.

Bermacam teori konspirasi memalitkan namanya dengan apa yang telah berlaku tetapi sekurang-kurangnya kini anda tahu dan lebih cakna - sebelum menerima bulat-bulat pelbagai jenis 'berita.'


Artikel ini merupakan terjemahan dan olahan semula artikel How China’s “Bat Woman” Hunted Down Viruses from SARS to the New Coronavirus yang diterbitkan pada 11 Mac 2020 oleh Scientific American.




Hakcipta iluminasi.com (2017)