Walaupun najis ada kegunaan tertentu, namun kebanyakan daripadanya tak lebih daripada bahan buangan. Ia merupakan sekumpulan bahan yang tidak diperlukan badan dan dibuang sebagai satu proses kehidupan.

Namun, ada najis atau lebih tepat, tahi, mempunyai kegunaan penting yang membuatkannya mempunyai nilai.

Malah, ada yang mengambil kesempatan menggunakan tahi untuk mengaut keuntungan tak masuk akal dan memperbodohkan orang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 tahi dan najis paling mahal di dunia.

6. Najis Elvis Presley

seluar dalam elvis presley

Pada tahun 2012, seluar dalam berwarna biru muda yang dipakai oleh Elvis Presley telah dilelong.

Ada pihak yang mendakwa bahawa seluar dalam tersebut mempunyai kotoran di kawasan kangkang, dan yang lain mengatakan bahawa ia dikotori dengan tahi.

Seluar dalam tersebut dipakai oleh Elvis Presley dalam satu pertunjukan pada tahun 1977.

Lelongan itu berakhir dengan seluar dalam tersebut tidak terjual selepas beberapa pembeli menawarkan untuk membelinya dengan harga RM26,000, iaitu RM11,000 lebih murah berbanding harga rizab bagi item itu.

Para pelelong berharap ia akan dijual dengan harga RM55,000.

5. Tahi Panda

tahi panda antara paling mahal di dunia 2

An Shi adalah seorang profesor di Universiti Sichuan di China dan merupakan pencipta satu proses yang membolehkan petani menggunakan tahi panda sebagai baja untuk tanaman teh mereka.

Ciptaan ini telah dianugerahkan paten pada tahun 2011.

An Shi berkata bahawa teh yang dibuat dari pokok yang dibaja dengan najis panda dapat mencegah kanser.

tahi panda antara paling mahal di dunia

Namun, kopi yang dikatakan dapat mencegah kanser ini sudah tentulah tidak murah di mana An Shi menganggarkan harganya mencecah sekilogram berharga RM290,000, menjadikannya teh termahal di dunia.

4. Tahi luwak

tahi luwak

Kopi luwak juga merupakan salah satu kopi paling mahal di dunia di mana secawan kopi ini boleh mencecah RM360 di Amerika Syarikat pada tahun 2015.

Dalam kes ini, kopi dibuat dengan biji kopi yang dicerna yang diambil dari najis luwak atau musang kelapa.

Kini, kopi luwak dihasilkan dengan biji kopi yang diambil dari najis luwak yang dipelihara dalam keadaan tidak berperikemanusiaan di ladang-ladang di Indonesia dan Filipina.

Haiwan ini dikurung dalam sangkar yang sangat sempit membuatkan ia sukar untuk berkeliaran dan hanya diberikan makan biji kopi. Sangkar yang sempit membuatkan haiwan ini berkelakuan tidak normal di mana ia berlari di sekeliling dan menyebabkan kecederaan.

Kebanyakan para penjual kopi ini menafikan bahawa mereka tahu tentang perkara ini dan menegaskan bahawa kopi mereka dihasilkan oleh luwak liar.

3. Tahi burung Jacu

tahi burung jacu antara paling mahal di dunia

Kopi burung Jacu adalah sejenis kopi mahal yang diperbuat daripada najis haiwan. Seperti namanya, ia dibuat daripada tahi burung Jacu liar yang tinggal di Brazil.

Petani Brazil, Henrique Sloper de Araujo mencipta kopi jacu burung setelah dia melihat burung tersebut dari taman negara berdekatan sedang makan biji kopi di ladangnya di Pedra Azul.

Henrique sudah mengetahui tentang kopi luwak dan beranggapan bahawa dia boleh membuat sesuatu yang serupa dengan najis burung itu.

Dia kemudiannya mengesan burung-burung tersebut dan memeriksa najis untuk mendapatkan biji kopi yang tak dihadam.

Pada tahun 2006, Henrique pertama kali mengeluarkan kopi burung jacu yang mana pada masa ini ia dijual dengan harga RM3,600 sekilogram.

Henrique berkata kopi ini adalah antara yang terbaik di dunia kerana burung tersebut hanya memakan biji kopi yang paling masak.

Dia menambah lagi bahawa burung itu juga memakan aprikot, truffle, dan buah beri yang mana memberikan kopi tersebut rasa yang seperti kacang.

2. Tahi fosil Bank Lloyds

najis fosil lloyd bank

Pada tahun 1972, pekerja binaan telah menemui seketul tahi berukuran 20 sentimeter panjang dan 5 sentimeter lebar ketika menggali untuk membina cawangan baru Lloyds Bank di York, England.

Para ahli sejarah mengatakan bahawa najis itu telah "dibuang" oleh seseorang yang hidup di York yang diperihntah oleh Viking pada abad ke-9.

Mereka menambah bahawa individu tersebut mempunyai masalah usus dan tidak mampu membuang air besar selama beberapa hari sebelum akhirnya berjaya mengeluarkannya.

Ujian mendedahkan bahawa dia mengamalkan pemakanan berat seperti daging dan roti. Tahi tersebut dianggarkan bernilai RM164,000, namun ia bukan untuk dijual dan kini berada di Pusat Viking Jorvic di York.

1. Tahi Piero Manzoni

tahi piero manzoni paling mahal di dunia 481

Sekitar tahun 1961, pelukis Itali Piero Manzoni memutuskan untuk menghasilkan satu karya pelik menggunakan tahinya. Dia berak dalam 90 tin, yang mana kemudiannya dibalut dengan rapi dan dijual.

Dia menggelarkan karya itu sebagai Merda d’Artista dan melabel setiap tin dengan nama “Artist’s S–t, Freshly Preserved, Produced and Tinned in May 1961".

Harga bagi karya ini ditentukan mengikut berat yang mana didasarkan kepada harga emas. Piero meninggal dunia pada tahun 1964, namun najisnya sangat mendapat sambutan pada hari ini.

tahi piero manzoni paling mahal di dunia 2 182

Galeri seni di London mendapatkan salah satu daripada tin tersebut dengan harga RM126,000 pada tahun 2017.

Pada tahun yang sama, tin kedua dilelong dengan harga RM455,000 di Milan dan satu lagi dijual pada tahun 2016 dengan harga RM1.02 juta.

Menjelang tahun 2017, karya najis ini mencecah RM1.26 juta dan mungkin mencecah RM4 juta dalam beberapa tahun akan datang.

Rujukan:

1. Oddity Central

2. Independent

3. Science Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)