Anda terbangun lewat hari ini dan bersiap dengan begitu kelam kabut. Ketika sedang tergesa-gesa memandu ke pejabat dalam keadaan masih mengantuk, anda menyedari bahawa lampu mengisi minyak kereta anda menyala.

Dengan pantas anda berhenti di stesen minyak lalu minyak diisi. Tiba-tiba anda perasan bahawa anda tersalah nozzle, di mana anda sepatutnya mengisi petrol, tetapi tersalah isi diesel.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam situasi ini, apa yang anda perlu lakukan? Adakah anda perlu mengisi minyak yang sepatutnya iaitu petrol dan terus memandu ke pejabat? Apa yang akan berlaku kepada sistem kenderaan anda disebabkan oleh tersalah mengisi bahan bakar?

Perbezaan besar antara petrol dan minyak diesel

perbezaan diesel dan petrol

Jika anda cuba untuk mengagak dan meramalkan apa masalah yang akan timbul kerana tersalah mengisi petrol ke dalam enjin diesel atau sebaliknya, anda perlu mengambil kira perbezaan paling besar antara kedua-dua bahan bakar ini.

Minyak diesel adalah lebih berat berbanding petrol kerana ia terdiri daripada molekul-molekul yang besar. Ia menukarkan zarah dengan cara yang berbeza disebabkan oleh perbezaan ketumpatan dan kelikatan.

Titik kilat (suhu di mana sebatian organik tertentu mengeluarkan wap yang mencukupi untuk menyalakan) dan suhu pencucuhan automatik adalah jauh lebih tinggi untuk diesel. Petrol pula adalah lebih ringan dan mempunyai titik kilat yang rendah berbanding diesel.

Perbezaan sifat fizikal bagi kedua-dua bahan bakar ini adalah apa yang menyebabkan masalah dalam sistem enjin dan bahan api apabila anda mengisi yang tidak sepatutnya. 

Mengisi petrol ke dalam diesel

isi minyak petrol dalam diesel

Katakan anda mengisi petrol ke dalam kenderaan anda yang mana telah pun mengandungi diesel. 

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh petrol tersebut adalah menekan titik kilat diesel, yang boleh berbahaya memandangkan rongga kepekatan petrol yang lebih tinggi boleh wujud dalam tangki.

Oleh itu, campuran kedua-dua minyak ini akan membuatkan titik kilat dalam tangki menjadi tidak sekata. 

Memandangkan perbezaan besar dalam suhu titik kilat di antara petrol dan diesel, hanya sedikit sahaja petrol yang diperlukan untuk menurunkan suhu tersebut dengan ketara.

Dengan hanya 1% campuran petrol sahaja dapat menurunkan titik kilat diesel sebanyak 18°C. Ini bermakna minyak diesel akan menyala secara pramatang di dalam enjin diesel, yang boleh menyebabkan kerosakan enjin.

Pencemaran petrol dalam enjin diesel juga boleh merosakkan pam minyak dan penyuntik diesel. Ini berlaku disebabkan oleh penurunan dalam pelinciran. Dengan kata mudah, petrol adalah pelarut manakala diesel adalah minyak.

enjin petrol

Diesel mempunyai pelincir yang mencukupi untuk melincirkan pam bahan api dan penyuntik. Campuran petrol ini akan mengurankan pelinciran dan menyebabkan kerosakan.

Selain itu, pembakaran yang tidak lengkap akan berlaku, yang pada awalnya dicirikan oleh asap hitam yang tebal.

Sistem komputer kenderaan pula akan cuba mengimbangi kekurangan pembakaran ini dengan melaraskan campuran bahan api tersebut.

Ini sekaligus akan mengurangkan kekuatan dan prestasi kenderaan anda.

Dan jika anda terus menggunakan bahan api yang bercampur ini, anda boleh menyebabkan kerosakan teruk pada sensor komputer kenderaan sama ada dengan menjadi terlalu panas atau ditutupi oleh jelaga sehinggakan ia tidak dapat mengesan apa-apa.

Mengisi diesel ke dalam petrol

isi minyak diesel dalam enjin petrol

Jom kita lihat apa pula yang berlaku sebaliknya, jika anda mengisi diesel ke dalam kenderaan petrol. Dengan mengisi diesel ke dalam kenderaan enjin petrol, anda sebenarnya mencampurkan bahan api yang berat dengan titik kilat tinggi, ke dalam tangki yang penuh dengan petrol yang lebih ringan, lebih tidak menentu dan terbakar pada suhu kilat yang lebih rendah.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa situasi "diesel dalam petrol" ini tidak sebahaya "petrol dalam diesel", namun ini adalah tidak benar.

Salah satu kebimbangan dengan mencemarkan petrol dengan diesel adalah pengurangan oktana.

Mengambil kira bagaimana petrol terbakar dalam sesebuah enjin, penarafan oktana adalah ukuran kemampuan petrol untuk menyala pada waktu yang tepat, iaitu tidak terlalu awal.

Petrol dengan oktana yang lebih rendah akan terbakar dengan lebih cepat sebaik sahaja ia disuntik ke dalam ruang bakar.

Petrol ini akan menyala dan meletup, tetapi omboh masih dalam perjalanannya dan hasil perlanggaran gelombang tekanan ini akan menghasilkan bunyi ketukan dan merosakkan omboh serta rod pada enjin.

Dalam erti kata lain, oktana memperlahankan dan menangguhkan pembakaran.

Petrol perlu mempunyai penarafan oktana di antara 87 dan 91 untuk sesuai dalam enjin kereta yang ada pada hari ini. Minyak diesel mempunyai penarafan oktana di antara 25 dan 40. 

Dengan mencampurkan minyak diesel sebanyak 2% ke dalam petrol akan mengurangkan penarafan oktana keseluruhan sebanyak 1 mata. Pencemaran diesel sebanyak 10% akan menurunkan oktana sebanyak 5 mata, yang mana cukup untuk menyebabkan kerosakan pada kebanyakan enjin.

enjin diesel

Penurunan oktana semakin besar seiring dengan pertambahan diesel dalam petrol. Dan ini hanyalah salah satu masalah yang berpotensi untuk berlaku.

Kerana diesel lebih berat daripada petril, ia boleh tenggelam ke bahagian bawah tangki minyak, menyebabkan penyuntikan kedua-dua petrol dan diesel ke dalam silinder. Bergantung kepada campuran, ada akan mendapat diesel yang terbakar separa yang akan meniggalkan deposit besar pada omboh, injap dan palam pencucuh.

Kereta atau kenderaan anda akan berfungsi dengan teruk dan jika anda terus memandu, kerosakan yang lebih teruk akan berlaku.

Jika jumlah diesel yang banyak masuk ke dalam silinder, silinder anda akan "hydro-lock" yang menyebabkan kerosakan pada kepala gasket, keretakan kepala silinder atau masalah serius yang lain. Kerosakan-kerosakan ini boleh membuatkan kenderaan anda "hancur".

Diesel dalam silinder juga boleh meresap melepasi gelung omboh ke dalam kotak engkol (crankcase) minyak, lalu mencairkan minyak pelincir. Ini boleh merosakkan semua bahagian dalam enjin yang berpelincir dan membawa kepada kerosakan enjin teruk.

Jika diesel yang tidak terbakar memasuki sistem ekzos, ia akan terbakar dalam penukar bermangkin (catalytic converter). Pembakaran ini akan menyebabkan lubang pada pemangkit tersumbat, merosakkannya dan membuatkan duit anda melayang beribu-ribu ringgit.

Kesimpulan

Oleh kerana sangat mustahil untuk kita tahu betapa banyak jumlah jenis minyak yang salah ke dalam tangki dan sistem bahan api kenderaan anda, nasihat utamanya adalah jangan pandu kereta tersebut.

Sebaliknya, kenderaan anda perlu ditunda ke bengkel di mana mekanik terlatih boleh membetulkan masalah itu. 

Sebaik sahaja sampai di bengkel, mekanik akan mengeluarkan semua minyak dari sistem penapis dan mengepam sistem tersebut untuk mengeluarkan minyak yang bermasalah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)