Kredit foto: BH Online & The Malay Mail Online

Penyanyi Aqasha tidak lagi beraksi dalam Gegar Vaganza 4 (GV4) apabila diumumkan tersingkir daripada konsert rancangan realiti itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 34, yang mendendangkan lagu That’s Why You Go Away nyanyian asal Michael Learns to Rock dalam minggu bertemakan 'Jangan Kata Tak Tahu', meraih markah terendah daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan, Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal.

apa sudah jadi dengan aqasha ramli ms

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Ramli dalam ulasannya selepas persembahan Aqasha hanya mampu mempamerkan riak wajah kecewa dan enggan bercakap lanjut.

“Apa sudah jadi dengan anda, Aqasha? Saya tidak boleh cakap apa-apa lagi kerana perkara sudah berlaku,” kata Ramli.

Pemarkahan diadili sepenuhnya oleh juri profesional.

Penyingkiran Aqasha sekaligus memberi ruang kepada Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert itu turut dimeriahkan persembahan istimewa pasangan duet, Tajul dan Wany Hasrita mendendangkan lagu era kegemilangan arwah Achik dan Siti Nordiana, Gurauan Berkasih.

Dalam pada itu, Astro dalam sebuah kenyataan memaklumkan bakal menawarkan pengalaman menonton Konsert GV4 separuh akhir dan akhir secara langsung dalam sudut tontonan VR360.

VR360 memberikan kelebihan kepada penonton yang mempunyai gajet menyokong sistem ini untuk merasai pengalaman menonton dalam versi lebih jelas dan nyata.

Juara musim ini bakal menerima ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti RM50,000 untuk naib juara. Manakala RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi untuk tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)