Bagi kebanyakan orang, mereka menukar minyak enjin kereta sama ada dengan cara melakukan sendiri atau menghantar kereta ke bengkel servis kereta.

Dan dalam menukar minyak enjin atau lebih dikenali sebagai minyak hitam, aspek terpenting adalah melibatkan memilih jenis minyak yang tepat.

Ini bukan hanya bermaksud memilih antara minyak berasaskan mineral sintetik atau konvensional, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada nombor pada label minyak enjin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

maksud nombor pada minyak pelincir kereta

Anda mungkin melihat sesuatu seperti SAE, diikuti dengan angkat "10W-30" atau "5W-20" pada botol minyak tersebut dan tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan gabungan hufur dan nombor ini.

Juga tertera perkataan seperti "API" pada minyak enjin tersebut.

Dan walaupun minyak enjin anda ditukar oleh mekanik, mereka biasanya melekatkan pelekat pada cermin hadapan yang menunjukkanr nombo minyak yang mereka gunakan pada kenderaan anda.

API dan SAE

cara pilih minyak pelincir enjin minyak hitam

‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran.

Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif).

Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Jenis gred minyak enjin

minyak enjin gred tunggal

(Minyak enjin gred tunggal)

Sebelum menerangkan maksud nombor tersebut, kita perlu memahami jenis gred minyak enjin.

Minyak enjin atau pelincir ini terbahagi kepada dua iaitu gred tunggal (monograde) dan juga pelbagai gred (multigrade).

Minyak pelincir gred tunggal mempunyai satu kelikatan tunggal, iaitu sama ada semasa sejuk atau panas dan biasanya ia lebih murah berbanding minyak pelincir pelbagai gred.

Minyak jenis ini biasanya digunakan pada kenderaan atau jentera berat yang lasak serta bagi kenderaan yang lama. Contoh minyak pelincir gred tunggal atau monograde ini adalah SAE 40.

minyak enjin pelbagai gred 42

(Minyak enjin pelbagai gred)

Minyak pelincir pelbagai gred pula adalah minnyak yang memiliki kelikatan yang boleh berubah-ubah, dari keadaan cair ketika suhu sejuk kepada lebih pekat apabila suhu panas.

Disebabkan kos pengeluaran minyak pelbagai gred ini lebih tinggi, jadi ia adalah lebih mahal. Bagi minyak ini, ia dirujuk dengan 2 kadar kelikatan.

Sebagai contoh, yang biasa kita lihat dan guna iaitu SAE 10W-30, SAE 15W-40, SAE 20W-50 dan banyak lagi.

Apakah maksud nombor pada minyak enjin?

maksud nombor minyak enjin

Secara ringkasnya, nombor sebelum dan selepas huruf W mewakili kelikatan. Huruf "W" itu sendiri mewakili Winter, bermaksud musim sejuk. Perlu diingatkan skala yang digunakan adalah darjah Celcius (°C).

Dan kelikatan ini merujuk kepada kelikatan cecair atau minyak enjin tersebut. Dalam kes minyak enjin, kelikatan ini adalah ketebalan minyak di bawah keadaan suhu tertentu.

Sebagai contoh, minyak pelincir SAE 10W-40. Nombor di sebelah kiri W iaitu 10, merujuk kepada kelikatan minyak apabila suhu rendah.

Jika nombor pertama ini adalah rendah, ia bermakna anda mempunyai minyak yang nipis (5W adalah lebih nipis dari 10W).

Apabila terdapat suhu yang lebih sejuk di persekitaran anda, adalah lebih baik untuk enjin anda mempunyai minyak yang nipis di dalamnya.

Jika tidak, minyak tebal akan lebih sukar untuk mengalir ke seluruh enjin anda dan melincirkan komponennya. Bagi negara sejuk dan bersalji, minyak pelincir yang rendah kelikatannya sangat penting untuk memudahkan enjin dihidupkan.

pemilihan minyak enjin di negara sejuk

Nombor di sebelah kanan iaitu 40, bergantung kepada dua perkara iaitu suhu enjin kereta dan haba persekitaran anda. Secara mudahnya, nombor ini merujuk kepada kadar kelikatan minyak apabila suhu enjin panas.

Semakin besar nombor ini, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Jika anda tinggal di kawasan tropika yang mempunyai banyak haba, nombor kedua perlulah tinggi kerana ia bermakna minyaknya adalah tebal dan lebih tahan.

Minyak tebal diperlukan dalam suhu yang panas kerana ia melakukan kerja yang lebih baik dalam melincirkan komponen enjin. 

Minyak enjin yang mana sesuai untuk kereta di Malaysia?

minyak enjin motorsikal terbaik

Gambar Hiasan

Umum tahu Malaysia tidak mempunyai musim sejuk, dan minyak pelincir pelbagai gred ini memainkan peranan penting yang telah dijadikan standard yang ditetapkan pengeluar kenderaan.

Biasanya, Buku Panduan Pemilik telah dibekalkan oleh pengeluar kenderaan dan anda boleh merujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Di Malaysia, adalah digalakkan untuk kita menggunakan minyak dengan kadar kelikatan yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh suhu yang panas dan juga biasanya kereta di bandar-bandar besar mengalami kesesakan.

Dalam situasi ini, kereta yang selalu terhenti membuatkan sistem penyejukan enjin yang biasanya bergantung kepada bantuan aliran udara, menjadi kurang cekap.

Suhu enjin akan meningkat ditambah pula dengan suhu persekitaran yang tinggi, membuatkan minyak pelincir memainkan peranan penting dalam menyerap haba yang terhasil.

Rujukan:

1. Apa Maksud Nombor Pada Minyak Enjin

2. Maksud Angka Pada Botol Minyak Pelincir

3. Belang Tarung




Hakcipta iluminasi.com (2017)