Kredit foto: mStar Online

Pelakon Anis Al Idrus mengumumkan akan bernikah dengan Mohd Rafzan pada Julai depan biarpun usia perkenalan mereka yang baru setahun jagung iaitu sejak awal tahun ini.

Selain itu, Anis turut menjelaskan yang mereka telah memilih untuk bertunang terlebih dahulu pada bulan Mac yang lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana.

Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu. Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.


Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah.

Menurutnya lagi, sebuah sidang media tentang majlis perkahwinannya itu akan diadakan pada 23 Mei ini.

Bagi yang tidak mengetahui, Anis pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa pelakon seperti Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq sebelum ini.

Sumber: mStar Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)