Kredit foto: Instagram Izara Aishah

Aktres Izara Aishah mendedahkan akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Adib Khalid pada 17 November ini.

Beritahu Izara, majils tersebut menggunakan perbelanjaan duit sendiri tanpa melibatkan tajaan mana-mana pihak.

Ini berikutan aktres itu ingin menentukan sendiri gaya dan konsep majlis.

"Alhamdulillah, buat masa sekarang sudah 50 peratus persiapan sudah dilakukan. Saya berharap segala dirancang berjalan lancar sehingga majlis nanti.

"Saya bukannya menolak penajaan tetapi tidak ada sesiapa yang tahu saya bakal berkahwin pada tarikh ini.

"Lagi pun, saya memang merancang nak mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Ini kerana saya ada cita rasa sendiri," katanya yang dipetik daripada laporan portal Harian Metro.

Malah majlis itu juga hanya mengundang tetamu di kalangan kaum keluarga dan sahabat terdekat. 

Susulan itu Izara memohon maaf sekiranya keputusannya itu mengecilkan hati semua. 

"Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua. InsyaAllah, majlis resepsi juga pada hari sama.

"Kedua-dua majlis diadakan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan majlis resepsi sebelah lelaki. Bagi saya, ia lebih mudah untuk semua jemputan," katanya lagi.

Terdahulu, pasangan tersebut bertunang pada 7 Julai 2017.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)