Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Anis Al Idrus

Teknologi hari ini memudahkan masyarakat mengikuti perkembangan kaum keluarga, sahabat handai mahupun selebriti pujaan, hanya di hujung jari.

Kelebihan ini nyata mempunyai kesan buruknya yang tersendiri, terutamanya melibatkan privasi golongan artis yang sering mencuri tumpuan umum.

Impaknya dapat dilihat pada para selebriti yang sering dikecam dalam segala perbuatan mereka hingga pada satu saat, mengundang rasa tidak selesa.

Begitulah kesan dirasai aktres Anis Al Idrus yang tidak terkecuali menjadi mangsa sasaran netizen yang seakan tidak menghormati atau berpuas hati dengan apa sahaja tindak-tanduknya.

anis al idrus naik angin di instagram 2

Kredit foto: Instagram Anis Al Idrus

"Bila tidak ditunjukkan kemewahan, dikatanya tak ada duit. Bila ditunjukkan kemewahan, dikatanya ‘show off’ (menunjuk). Bila dah semula jadi, dikatanya buat-buat. Jadi apa yang anda mahukan sebenarnya?

"Pernah dengar perkataan hormat atau ‘respect’?

"Ada orang tak suka menunjuk walaupun ada. Ada orang menunjuk sebab rasa macam menghargai diri sendiri dapat beli itu dan ini.

"Ada orang suka sederhana walaupun ada kereta Ferrari. Ada orang menunjuk, walaupun menyewa. Itu hak masing-masing," tulisnya dalam luahan di kiriman Instagram.

Dalam pada itu, Anis menegaskan dia bukannya berasa marah atau melatah, namun hanya berasa pelik dengan segelintir netizen yang hanya tahu melihat sisi negatif sesebuah kisah.

"Anda yang suka memberi komen negatif ini, anda tidak gembira dengan kehidupan anda. Betul tak?" perlinya.

Enggan bertolak ansur, Anis menyatakan dia sudahpun mengambil tindakan dengan menyekat individu yang bersikap negatif dalam mengikuti perkembangannya di media sosial.

"Untuk anda yang bersikap positif, saya menyayangi anda," akhirinya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)