Kredit foto: Mstar
Juruhebah Suria FM, Fizi Ali dan aktres Shakila Khoriri mengumumkan bakal bernikah pada 18 Februari ini.
Fizi bagaimanapun menjelaskan, mereka sepatutnya mengadakan majlis itu pada Disember tahun lalu.
Namun ia tertangguh gara-gara komitmen kerja.
“Alhamdulillah, selepas lebih tiga tahun bercinta, kami bakal diijab kabul. Pada awalnya, kami nak pilih 18 Ogos (18.8.18), tetapi terlalu lama la pula.
“Kami fikir buat apa nak lambatkan perkara baik. Jadi, selepas berbincang dengan kedua-dua keluarga, kami sepakat untuk bernikah pada 18 Februari disusuli dengan majlis resepsi pada hari sama," katanya kepada portal Harian Metro.
Fizi berkata, dia masih tidak sangka akan peranan baru sebagai suami yang bakal dipikulnya.
Kredit foto: Mstar
“Sejujurnya, saya masih tidak percaya bakal berkahwin dan menggalas tanggungjawab baru sebagai suami. Terima kasih atas doa dan sokongan kepada saya dan Kila,” katanya.
Dalam pada itu, masih ada beberapa persediaan kahwin yang belum dilaksanakan meskipun hanya tinggal kurang sebulan sebelum majlis berlangsung.
“Saya boleh katakan persediaan banyak pada pada saat akhir. Sekarang baru nak edar kad kahwin.
“Malah ada barang hantaran belum beli lagi. Dewan majlis pun masih dalam perbincangan.
“Semua ini disebabkan jadual kerja kami yang padat dan tidak menentu.
“Saya kerja pagi dan balik tengah hari. Kila pula tengah hari sehingga malam dia sibuk dengan penggambaran. Jadi, agak susah sikit nak curi masa berjumpa.
“Kalau perasan, di Instagram jarang ada gambar bersama. Kalau ada pun, ia gambar lama yang dimuat naik semula.
“Alhamdulillah, walaupun banyak dibuat pada saat akhir, Tetapi Allah permudahkan segalanya,” katanya.
Terdahulu, Fizi dan Shakila bertunang pada 16 Julai lalu.
Sumber berita: Harian Metro