Oleh pada 29 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Media Hiburan

Aktres Zarina Zainuddin kecewa apabila ketiadaan foto suami di laman Instagram menjadi isu di kalangan netizen.

Malah ada yang mendakwa dirinya sudah berstatus janda.

"Kalau nak tahu, sepanjang ketiadaan saya ketika penggambaran atau jual pulut kuning, suami sayalah yang banyak membantu menjaga anak-anak.

"Tapi harus diingat.. satu, saya ini isteri kedua, jadi kekadang suami ada kekadang tidak.

"Dan tak perlu saya nak tayang suami sebab saya berkongsi suami orang. Harus hormat hak orang," katanya.

Kenyataan itu dibuat menerusi laman Instagram Zarina mengulas keengganannya dalam berkongsi foto suami.

kenapa zarina zainuddin tak tayang wajah suami ini jawapannya 2

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Dalam pada itu, Zarina meluahkan rasa terkilan apabila sering diterjah pertanyaan berkaitan pasangan hidupnya itu.

Dia menegaskan masih bersuamikan lelaki yang sama dikahwininya ketika berusia 22 tahun dahulu.

"Susah nak fahamkan orang yang asyik tanya 'Mana suaminya? Mana suaminya? Zarina ni janda ke?'

"Suami saya seorang sahaja. Dari umur 22 tahun saya kahwin sampai sekarang umur saya dah 47 tahun, itulah suami dunia akhirat saya," tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen peminat meminta Zarina supaya tabah dan memekakkan telinga daripada terus mendengar kata-kata negatif orang sekeliling.




Hakcipta iluminasi.com (2017)