Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Setiap yang dilakukan oleh anak-anak sentiasa diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa yang sangat prihatin.

Namun terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak boleh menerima anak-anak mereka mengalami kegagalan dan dilihatkan sebagai sesuatu yang memalukan oleh ibu bapa.

jangan dimarahi anak yang melakukan kesilapan 2

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya, kesalahan yang dilakukan pada usia kecil adalah amat penting dalam membina jati diri dan sikap yang baik dalam diri kanak-kanak. 

Ia lebih banyak memberikan kebaikan daripada keburukan, namun ia sering disalahtafsir oleh ibu bapa yang kurang memahami. iluminasi.com ingin kongsikan 8 sebab mengapa ibu bapa patut membenarkan kanak-kanak untuk gagal.

1. Kegagalan membantu kanak-kanak untuk mempelajari daripada kesilapan mereka

kanak kanak belajar melalui kegagalan

Dengan ini, mereka akan dan boleh memperbaikinya pada masa akan datang.

Ibu bapa yang tidak membenarkan kegagalan daripada anak-anak mereka sebenarnya meragut peluang untuk kanak-kanak itu mengalami sesi pembelajaran secara semula jadi sebagai seorang kanak-kanak.

Dengan ini, mereka kurang melakukan kesalahan dan akan cenderung melakukan kesalahan pada masa akan datang dengan lebih kerap.

2. Kegagalan membantu membina karekter

kegagalan membantu membina karekter

Setiap kali kanak-kanak mengalami kegagalan, mereka sebenarnya sedang membina keperibadian secara semulajadi. Kegagalan yang dialami tak kiralah dari segi apa sekalipun akan menjadikan kanak-kanak itu lebih berani kerana mereka yang melaluinya dengan sendiri.

Oleh itu, mereka lebih tahu akan akibatnya dan perasaan berani itu terbina dengan sendiri dari dalam.

3. Kegagalan menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah

kegagalan menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah

Apabila kanak-kanak melakukan kesalahan atau mengalami kegagalan, ibu bapa tidak seharusnya serta-merta membetulkan atau mengecualikan mereka daripada menghadapinya.

Dengan cara ini, kanak-kanak itu sendiri akan mengerah otak meeka untuk menyelesaikan kegagalan itu dan ini adalah salah satu proses pembelajaran yang sangat optimum.

4. Kegagalan mengajar supaya lebih berdaya tahan

kegagalan menjadikan kanak kanak lebih kuat

Kanak-kanak yang lebih banyak mengalami kegagalan pada usia kecil biasanya mempunyai daya tahan yang lebih kuat daripada mereka yang tidak.

Ini kerana mereka sudah biasa berhadapan dengan kegagalan dan tahu cara untuk mengatasinya, berbanding mereka yang tidak terpaksa untuk mencari penyelesaian yang tidak biasa dilakukan.

5. Kegagalan membantu membina kecekapan dan kebolehan berdikari

kegagalan membantu membina kecekapan dan kebolehan berdikari

Kegagalan yang dihadapi kanak-kanak sebenarnya adalah salah satu faktor yang membuatkan mereka lebih cekap dalam sesuatu. 

Apabila mereka cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri, secara tak langsung kanak-kanak ini akan menjadi cekap dari masa ke masa.

Selain itu, ia juga memupuk sifat berdikari tanpa perlu berharap bantuan luar dalam melakukan sesuatu.

6. Kegagalan mengajar tentang kepentingan kerja keras dan ketabahan

kegagalan menjadikan kanak kanak lebih kuat 187

Kanak-kanak yang mengalami kegagalan secara semula jadi akan mencari jalan penyelesaian. Dan kadang-kala penyelesaian ini tidak datang bergolek.

Dan jika kegagalan ini tidak berlaku atau diperbetulkan serta merta oleh ibu bapa, maka mereka tak akan tahu betapa pentingnya kerja keras untuk menyelesaikannya kerana diperbetulkan oleh orang lain setiap masa.

Apabila wujudnya kerja keras akibat kegagalan, ia sekaligus mengajar kanak-kanak erti ketabahan dalam mempelajari sesuatu.

7. Kegagalan mengajar kanak-kanak untuk keluar daripada zon selesa

budak menangis

Ini adalah antara perkara penting yang diperolehi melalui kegagalan kanak-kanak. Kegagalan membuatkan kanak-kanak berasa mereka sebenarnya tidak cukup bagus sekaligus meletakkan mereka di luar zon selesa.

Keluar daripada zon selesa adalah sangat penting bagi memastikan kanak-kanak tidak leka dengan apa yang mereka ada.

8. Kegagalan menggalakkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mengatasi tekanan

kegagalan menggalakkan kanak kanak untuk membina kemahiran mengatasi tekanan

Apabila kanak-kanak mengalami kegagalan, sudah pastinya mereka akan berasa kecewa atau sedih.

Dan perkara ini sebenarnya membantu mereka dalam membina kemahiran untuk mengatasi sesuatu masalah atau menerima kenyataan.

Kemahiran ini sangat penting dalam berhadapan dengan situasi yang sangat tertekan dan membolehkan mereka bertindak mengikut pengalaman.

Dan kemahiran ini diperoleh dengan latihan yang berterusan, jadi kegagalan daripada awal usia membantu mempersiapkan mereka.

anak kecil budak perempuan menangis




Hakcipta iluminasi.com (2017)