Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
Sebelum ini, Fasha Sandha ada mendedahkan beliau sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki yang telah dikenalinya sejak enam bulan lepas.
Terkini, Fasha tampil sekali lagi membuat pengakuan yang beliau telahpun membawa lelaki tersebut berjumpa dengan kedua anaknya.
Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak. Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.
Sumber: Harian Metro
Memegang status selebriti yang sering dikelilingi lelaki, Fasha menetapkan ciri-ciri tertentu pada lelaki yang bakal bergelar pasangannya.
Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak. Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya.
Sumber: Harian Metro
Dalam kenyataan lain, Fasha menyatakan beliau menyasarkan dalam lingkungan dua tahun lagi untuk kembali berumahtangga setelah lebih setahun bergelar ibu tunggal.
Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
Sumber berita: Beautifulnara